Pengarah dan pelakon, Michael Ang mendedahkan dirinya akan mengalami sakit misteri setiap kali menjejakkan kaki ke tanah perkuburan.
Artikel Berkaitan: Michael Ang Selar Tindakan Pempengaruh Berbalah Di Media Sosial Lepas Bercerai – ‘Apa Punya Bod*h Manusia, Macam Budak-Budak’
Tak boleh ‘shoot’ di kubur
@sembangseram ada ke yang macamni jugak ? #MichaelAng #Safwannazri #Safwannazripod #Sembangseram #Safwannazripodcast #Ceritaseram #Ceritahantu #Kisahseram #Kisahhantu #Ceritahantu #Kubur ? original sound – sembangseram
Menerusi sesi podcast ‘Sembang Seram’ yang dikendalikan Safwan Nazri, Michael Ang berkata disebabkan itu dia tidak pernah melakukan sesi penggambaran filem atau drama di lokasi tanah perkuburan.
Saya tak boleh buat ‘shooting’ di lokasi tanah perkuburan sebab kalau buat mesti saya akan sakit macam demam dan tiba-tiba badan rasa berat.
Tak tahulah ada ‘benda’ ikut ke apa ke kan?
Tak kisahlah kubur Cina ke, kubur Islam ke saya akan duduk dalam kereta saja kalau ada ‘shooting’.
Tanyalah siapa yang pernah berlakon dengan saya, kalau babak di kubur memang saya tak akan pergi. Saya akan suruh pengarah pembantu yang pergi.
Kalau boleh memang saya akan cakap awal-awal pada penulis skrip, ‘Tak nak ada babak di kubur’.
Beri penghormatan terakhir di rumah
Bercakap mengenai kematian, pengarah filem ‘Kimchi Untuk Awak’ ini memaklumkan bahawa dia tidak akan ke kubur untuk menziarah kematian sebaliknya hanya akan memberikan penghormatan terakhir di rumah.
Ini waktu saya kecil lah, tak tahu lah nak percaya ke tak tapi mereka (keluarga) cakap yang saya memang tak boleh ke kubur.
Jadi, kalau ada orang meninggal macam sepupu ke pak cik, saya memang tak akan pergi. Saya akan ‘pay respect’ bila di rumah macam itu saja.
Tapi kalau ada orang yang sangat penting meninggal, saya akan pergi jugalah cuma memang akan sakit.