berita

[VIDEO] Mierul Aiman Disamakan Dengan Mail Upin & Ipin, Netizen Terhibur

March 24th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Pelakon yang sedang melonjak naik, Mierul Aiman menjadi kegilaan ramai semenjak kemunculannya dalam drama bersiri Projek: High Council.

Oleh kerana itu, segala yang dilakukannya pasti meraih perhatian di kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: Digelar Muka Macam Budak Beli Ais Masa Raya, Netizen ‘Back Up’ Mierul Aiman, Ada Pakej Hero Malaya Ni!

Artikel Berkaitan: Projek: High Council Ditegur, Terlalu Banyak Adegan Merokok Secara Terbuka & Keterlaluan

Mail Upin & Ipin

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang individu menyunting video Mierul dan karakter Mail dan diletakkan di dalam satu ‘frame’. Apa yang menarik perhatian netizen apabila dilihat kedua-duanya memakai baju melayu berwarna hijau dan bersongkok.

Hal ini mencuri perhatian warganet apabila dikatakan rupa paras mereka seakan sama.

Difahamkan, video asal adalah tentang dirinya yang menyanyikan lagu nasyid niat puasa daripada kumpulan Raihan.

Video yang memiliki lebih daripada 170,000 jumlah tontonan itu berjaya mencuit hati para netizen.

@h4shioo

Am i sorry?? no HAHAHA selamat berpuasa semua?? (this is my last video for this month) #mierul #mierulaiman #mierulaimanedit #mail #upinipin #ismailbinmail #selamatberpuasa #sg #malaysia #iamnotsorry

? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Sama bang sama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut. Selain itu, kebanyakannya juga bersetuju bahawa muka pelakon Projek: High Council itu seakan sama dengan karakter kartun Mail dari Upin & Ipin.

Sumber: TikTok @h4shioo

SKIP THIS AD ×