![[VIDEO] Mierul Aiman Tak Anggap Barisan Pelakon Sebagai Pesaing – ‘Ini Bukan Permainan Solo, Tapi Sebuah Pasukan’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/mierul-aiman-2.jpg)
Pelakon Mierul Aiman tidak menganggap mana-mana anak seni sebagai pencabar dalam industri termasuk barisan pelakon menerusi naskhah terbaharunya, KUDRAT 1968: High Council.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mierul Aiman Serahkan Soal Bayaran Pada Pihak Pengurusan – ‘Saya Hanya Jalankan Tanggungjawab Sebagai Anak Seni’
Artikel Berkaitan: Mierul Aiman Dipuji Ada Aura Tersendiri, Netizen Yakin Mampu Bergelar ‘A-Lister’ – ‘Tak Ada Kontroversi Murahan’
‘Ini bukan pertandingan’

Ketika ditemui OhBulan!, Mierul atau nama penuhnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 27, menyifatkan setiap naskhah bukan medan untuk bersaing antara satu sama lain.
Menurut pelakon berusia 27 tahun itu, setiap naskhah yang dijayakan bukan sekadar sebuah karya sebaliknya menjadi medium untuk menyampaikan mesej dan objektif tertentu kepada penonton.
Saya percaya ini bukan satu pertandingan.
Sebaliknya, ini adalah sebuah cerita. Kita bekerja sebagai sebuah pasukan.
Ini bukan permainan secara solo, sebaliknya permainan yang memerlukan kerjasama sebuah pasukan.
Mencapai objektif cerita ini, babak ini kepada penonton itu adalah satu-satunya misi saya.
Mierul berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana episod pertama siri terbaharu lakonannya, Kudrat 1968: High Council yang berlangsung di TGV KLCC pada Khamis.
Mengulas mengenai kehadiran peminat, Mierul menyifatkan perkembangan industri seni ketika ini semakin positif terutama dengan sokongan yang terus diberikan kepada barisan pelakon.
Perkembangan ini sesuatu yang positif dan saya gembira melihat industri kreatif kita sedang berkembang dengan sihat.
Lebih-lebih lagi dengan adanya peminat serta penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dan seluruh penggiat industri.
Tanpa mereka, mungkin tiada dorongan yang mampu membuatkan kami percaya bahawa kami berada di landasan yang betul dan melakukan kerja dengan sebaiknya.







