berita

[VIDEO] Miliki 2 Rahim & Ketumbuhan Cyst, Wanita Sebak Bila Sering Ditanya Bila Mahu Mengandung

January 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pastinya menginginkan untuk mempunyai cahaya mata sendiri. Kehadiran cahaya mata ini diibaratkan sebagai penyeri dalam rumah tangga itu. Namun, manusia hanya mampu merancang kerana anak merupakan rezeki kurniaan daripada Allah S.W.T.

Seperti video TikTok seorang wanita dikenali Schapyqa, menceritakan pengalamannya apabila sering diasak dengan soalan-soalan yang sensitif mengenai cahaya mata.

Pasrah dengan ujian

 

Kisahnya bermula apabila orang yang berada di sekeliling mula ‘menegurnya’ bila mahu mendapatkan anak walaupun sudah dua tahun berkahwin. Namun, dia ketika itu hanya mampu tersenyum menjawab segala soalan meskipun hatinya terluka dek soalan-soalan itu. Tidak berakhir di situ, mereka sempat mencadangkan beberapa alternatif termasuk rawatan moden dan tradisional bagi membolehkan dia mengandung secara normal.

Jelasnya lagi, sebelum berkahwin doktor telah mengesahkan dia mempunyai cyst (ketumbuhan tidak normal) dan pembedahan sudahpun dilakukan bagi membuang ketumbuhan tersebut. Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila menerusi imbasan CT dia baru mengetahui dia hanya mempunyai satu buah pinggang.

Salah satu dari fallopian tube saya tersumbat.

Tidak berakhir di situ, wanita ini sekali lagi diuji apabila selepas pembedahan yang dilakukan doktor memaklumkan dia mempunyai dua rahim.

Sabar ya awak!

Ditonton lebih 65k, video tersebut memperoleh puluhan komen yang memberikan kata-kata semangat buatnya untuk terus kuat. Pada masa yang sama, wanita lain turut berkongsi pengalaman mereka yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah lima tahun berumah tangga.

Pada masa yang sama, netizen turut menasihatinya supaya mengabaikan kata-kata negatif kepadanya selama ini.

Sumber: Schapyqa

SKIP THIS AD ×