Penyanyi Mimi Fly mengakui sentiasa menitikberatkan nilai persahabatan dengan rakan seindustri selain berusaha menjadi sistem sokongan buat mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Perlukan Break Up Untuk Glow Up’ – Mimi Fly Akui Perpisahan Jadi Pemangkin ‘Comeback’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bangga Dapat Wakil Malaysia Untuk ASEAN-Korea Music Festival, Peluang Tunjuk Bakat Di Pentas Serantau’ – Mimi Fly

Drama antara sesama sendiri

@ohbulanofficial

Penyanyi Mimi Fly mengakui sentiasa menitikberatkan nilai persahabatan dengan rakan seindustri selain berusaha menjadi sistem sokongan buat mereka.#ohbulan #kinitrending #mimifly

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Ketika ditemui OhBulan!, Mimi atau nama lengkapnya Shamini Amalina Norhisham, 39, memahami bahawa perselisihan faham sukar dielakkan namun dia memilih untuk memelihara hubungan baik sesama rakan seindustri.

Menurut pelantun lagu Temberang itu, golongan artis memerlukan rakan seindustri yang memahami selok-belok industri hiburan selain saling menjadi sistem sokongan antara satu sama lain.

Saya faham kalau ada drama salah faham atau pertembungan sesama selebriti.

Tapi kalau boleh, hubungan itu kita kena jaga. Tak guna kalau kita baik dengan peminat tapi kita gagal pupuk rasa hormat dan kasih sayang terhadap rakan-rakan dalam industri sendiri.

Sebenarnya artis perlukan artis. Sebab artis yang boleh menyokong artis dan faham apa yang artis perlukan.

Apa kehendak artis, orang seni juga yang tahu.

Mimi berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Atilia Haron In Concert yang berlangsung di Campus Ampang, baru-baru ini.

Pupuk sifat persahabatan dalam industri

Mengulas lanjut mengenai kehadirannya ke sidang media Atilia Haron In Concert, Mimi memaklumkan kehadirannya itu adalah sebagai tanda sokongan buat rakan seindustri.

Menurut Mimi, kawan boleh dicari namun individu yang memahami tuntutan kerja dan cabaran sebagai anak seni adalah mereka yang berada dalam industri yang sama.

Perkara ini bukan sekadar tentang persahabatan. Tetapi, artis memerlukan artis. Kawan memang ramai, tetapi hanya rakan artis yang faham apa yang kita lalui.

Sebab itu saya sangat menjaga hubungan dengan rakan-rakan artis kerana siapa lagi yang benar-benar faham kehidupan kita kalau bukan mereka.

Selain itu, Mimi menyifatkan industri hiburan di Malaysia kecil sekali gus menyebabkan perkara berunsur negatif mudah tersebar dan akhirnya memberi kesan terhadap perkembangan industri itu sendiri.

Hubungan sesama artis itu penting. Sebab itu saya selalu pupuk hubungan tersebut. Industri kita pun kecil saja. Untuk menyebarkan perkara toksik dan negatif sangat mudah.