berita

[VIDEO] Minta Izin Ibu Nak Peluk Islam, Ramai Tersentuh Lihat Kanak-Kanak 9 Tahun Ini Mengucap Dua Kalimah Syahadah

January 18th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Benarlah orang kata, hidayah itu milik Allah SWT. Sesiapa sahaja hamba Allah di atas muka bumi ini berhak mendapat petunjuk dengan izin-Nya.

Begitulah juga dengan kisah seorang kanak-kanak ini apabila dia diberi hidayah untuk memeluk agama Islam. Lancar je adik ni mengucap dua kalimah syahadah!

Siap minta izin ibu

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh seorang individu yang dikenali dengan nama Qari Bilal memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun sedang mengucap dua kalimah syahadah di hadapannya. Menurut Bilal, kanak-kanak ini dan ibunya sering mengikuti Bilal menyertai program ‘Homeless Feeds’ iaitu satu program memberi makan kepada gelandangan.

Malah tambah Bilal lagi, dia juga telah meminta kanak-kanak tersebut untuk meminta izin kepada ibunya terlebih dahulu sebelum memeluk Islam. Namun siapa sangka, walaupun berlainan agama tetapi si ibu memberi keizinan dan merestui anak lelakinya itu memeluk Islam. Si ibu turut mengakui sangat gembira dengan apa jua keputusan yang dibuat oleh anaknya itu. Malah sebagai seorang ibu, dia akan terus mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya dan memberi sokongan kepada anaknya.

Mengucap dua kalimah syahadah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad Bilal (@qaribilal786)

Belajar mengaji

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad Bilal (@qaribilal786)

‘MashaAllah..’

Sumber: Qaribilal786

SKIP THIS AD ×