Kebelakangan ini, pelakon Datin Intan Najuwa sering kali menjadi perhatian netizen selepas melahirkan puteri sulungnya, Imane Lunara.
Artikel Berkaitan: ‘Lepas Beranak Memang Macam Miss World Terus Ke?’- Intan Najuwa
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Teruja Untuk Kembali Berlakon, Tunggu Keadaan Kesihatan Pulih Sepenuhnya, – ‘Sekarang Fokus Hanya Pada Anak’
Minum air sejuk
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, dilihat mencuba beberapa jenis minuman sejuk daripada kafe miliknya, Dico Brew Pastries & Coffee.
Bagaimanapun, tindakan pelakon berusia 28 tahun itu dikritik segelintir netizen kerana dianggap tidak menjaga pantang larang semasa proses berpantang.
Intan tidak mendiamkan diri sebaliknya menjawab di ruangan komen.
Air sejuk kalau masuk badan akan tukar kepada suhu badan.
Kalau masuk perut Insya-Allah tak sejuk perut.
Pendapat netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pendapat masing-masing mengenai pantang larang semasa berpantang. Selain itu, warganet turut mengingatkan untuk makan makanan yang seimbang.
Sumber: Instagram @intannajuwa