Pelakon Mira Filzah mengakui dia tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki oleh Allah SWT untuk menimang cahaya mata kedua.
Artikel Berkaitan: Mira Filzah Kongsi Pengalaman Pertama Kali Buat Umrah Sebagai Seorang Ibu & Isteri – ‘Tawaf Tujuh Kali Sambil Dukung Amir’
Artikel Berkaitan: Mira Filzah Terbuka Kongsi Tentang Anak Di Media Sosial – ‘Tak Semua Benda Saya Tunjuk’
Mira ada perancangan nak tambah cahaya mata
@ohbulanofficial Doakan yang baik-baik untuk Mira ?#ohbulan #fyp #news #mirafilzah #rancang #tambah #anak ? original sound – OHBULAN!
Ketika ditemui OhBulan!, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 31, berkata dia dan suami, Wan Emir Astar juga mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata namun mereka menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
Ada juga perancangan nak menambah sebab anak (Amir) pun dah berusia dua tahun. Amir pun suka berkawan, dia dah pergi sekolah sekarang. Dia pun ada sepupu jadi nampak lah dia suka berkawan.
Saya cuma go with the flow. Tapi sekarang saya masih lagi dalam projek. InsyaAllah kalau ada rezeki tahun depan.
Dalam pada itu, disoal adakah dia bersetuju sekiranya anak lelakinya itu ingin menceburi bidang seni kelak, Mira berkata dia dan suami belum memikirkan perkara itu memandangkan usia Amir yang masih kecil.
Tak ada perancangan sebab itu masih terlalu awal. Dia (Amir) masa kecil 6 ke 8 bulan dia banyak masuk komersial dengan saya tapi bila dah 2 tahun ni, dia tak suka sangat kamera.
Dia masih explore apa yang dia suka. Untuk saya merancang lebih awal tu, tidaklah. Saya nak dia membesar macam kanak-kanak biasa, main di taman dan sebagainya. Mungkin saya tak akan dedahkan dia terlalu awal tapi tak akan menolak sekiranya ada yang bersesuaian.
Mira berkata demikian ketika ditemui di sidang media Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang diadakan di TGV Bandar Utama, baru-baru ini.
‘Semua wanita takut diganggu orang ketiga’
@ohbulanofficial Replying to @user7840742707335 Siapa yang tak takut kan? ?#ohbulan #fyp #news #mirafilzah #orang #ketiga ? original sound – OHBULAN!
Sementara itu, apabila ditanya mengenai penglibatannya dalam naskhah yang mengangkat isu masalah rumah tangga (orang ketiga), Mira berkata dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelakon dan ianya sama sekali tidak memberi impak dalam kehidupan peribadinya.
Kebanyakan drama yang saya lakonkan sebelum ini pun ada kisah tentang orang ketiga. Contohnya drama Pujaan Hati Kanda, Cinta Si Wedding Planner semua ada orang ketiga.
Nak kata takut itu tidaklah, apa yang saya berlakon itu semuanya sebahagian daripada kerja.
Tapi saya sebenarnya tidak mahu komen tentang isu penyondol ini. Saya percaya semua wanita akan takut sekiranya rumah tangga mereka diganggu oleh orang ketiga.
Untuk info, Mira bakal muncul dengan drama terbaharu iaitu Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang akan ditayangkan di Astro Ceria bermula 21 Oktober ini.
Drama empat episod Hikayat Bawang Putih Bawang Merah yang akan disiarkan di Astro Ceria bermula 21 Oktober ini.
Selain Mira, Hikayat Bawang Putih turut dibintangi barisan pelakon terkenal termasuk Kamal Adli, Nabila Huda, Amalina Arham dan Datin Lisa Surihani.