Nama View Chin dan pekerjanya, Amirah Aqilah kembali menjadi buah mulut netizen apabila mereka didakwa berbual mengenai topik kurang menyenangkan ketika melakukan sesi live baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Panggil View Chin ‘Sayang’, Netizen Gelar Mira ‘Muka Tebal’ & Gedik
Artikel Berkaitan: Digelar Sundal & Tak Tahu Malu, Amirah Mengaku Mental Penat
Artikel Berkaitan: ‘Hubungan Saya Dengan View Chin Bermula Setelah Mereka Sah Bercerai’ – Amirah
Pantang nampak perempuan tet** terkeluar
Menerusi sebuah video berdurasi 0:34 saat, Mira dan View Chin dilihat mempromosikan jualan produk mereka secara live. Namun begitu, View Chin dipercayai ternampak foto seorang wanita yang mempunyai payudara bersaiz besar di telefonnya.
Berikutan daripada itu, Mira telah menegur View Chin dan mengatakan bahawa lelaki tersebut ‘pantang nampak perempuan tet** terkeluar’.
Pantang nampak perempuan tet** terkeluar. You dengan dia (orang di hadapan mereka) sama sahaja.
Ujar View Chin, dia hanya mahu menekan komen tersebut dan tidak menyangka gambar profile tersebut menjadi besar. Disifatkan mempunyai perangai yang sama dengan individu yang berada di hadapannya, View Chin berkata mereka sememangnya sama kerana membuang air kecil dalam keadaan berdiri.
Nak tekan komen, bila jadi besar profile keluar. Kita sama sebab berdiri kencing.
Di akhir video, Mira dilihat bertanya kepada netizen di mana tempat untuk melakukan pembedahan plastik.
Sumber: Instagram