berita

[VIDEO] Misteri Asap Tebal Di Wuhan Cetus Kebimbangan, Mayat Pesakit Coronavirus Dibakar Setiap Hari?

February 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai keadaan bandar Wuhan yang telah diliputi dengan asap tebal sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat. Asap misteri yang muncul di bandar itu sekaligus menimbulkan tanda tanya.

Asap tebal di Wuhan

Menerusi laporan Daily Star, ada dalam kalangan penduduk tempatan yang beranggapan asap tersebut datangnya dari crematorium dimana satu tempat yang digunakan untuk proses pembakaran mayat yang dijangkiti wabak coronavirus.

Hal ini kerana, kejadian ini berlaku sehari selepas Suruhanjaya Kesihatan Nasional di China melarang rakyat China untuk melakukan sebarang upacara pengebumian ke atas mangsa yang meninggal dunia akibat wabak coronavirus. Hal ini bertujuan untuk mencegah wabak ini daripada terus merebak kepada orang ramai.

100 mayat dibakar setiap hari

Menurut sumber, pekerja krematorium juga mendakwa bahawa tempat membakar mayat itu dikatakan beroperasi selama 24 jam dan mereka terpaksa bekerja tanpa henti memandangkan jumlah kematian yang meningkat.

Sementara itu, jumlah mayat yang dihantar ke kremotorium untuk dibayar juga dikatakan mencecah 100 mayat setiap hari. Oleh itu, kebanyakan rakyat di negara tersebut dilihat begitu bimbang dan tidak dapat membayangkan sekiranya pihak kerajaan China sengaja menyembunyikan angka kematian sebenar kepada orang ramai.

Sumber: Daily Star, Harry Chen, WB Yeats

SKIP THIS AD ×