berita

[VIDEO] Mizz Nina Berjurai Air Mata, Netizen Sebak Tengok – ‘Pertama Kali Tengok Dia Menangis’

August 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tular rakaman video penyanyi Mizz Nina gagal menahan sebak dan menyekat air mata dengan tisu semasa menjayakan forum keagamaan dan kemanusiaan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noh Penyebab Mizz Nina Percaya Dengan Perkahwinan

Artikel Berkaitan: Selamba ‘Catwalk’ Di KLFW2022 Dengan Rokok, Noh Salleh Selesa Jadi Diri Sendiri

Air mata menitis

@ejust4u #mizznina #nohsalleh #allah #motivational #inspiration #nealofa #onitsukatiger #cry #miziwahid #spiritualsummit2022 #fyp #fyp? #fypdongggggggg #fypage #quote #hardship #lost #subhanallah #tabarakallah #hijrah #hijrah_istiqomah #hijrahcinta #meletop #tiktok #tiktok #lisasurihani #harisismail #bestrong #mstar #mstarmalaysia #mashallah #sinarfm #erafm #selawat ? original sound – Ejust

Pada 21 Ogos lalu, Mizz Nina dijemput menghadiri Spiritual Summit 2022 anjuran Safinah Institute yang turut dihadiri oleh pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz.

Video perkongsian Mizz Nina dengan tajuk A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and Its Cure itu dimuat naik di TikTok @ejust4u.

Ketika sedang berbicara mengenai ujian Allah terhadap setiap hamba-Nya dengan mengambil contoh wanita kehilangan suami, suara aktivis kemanusiaan itu kedengaran tersekat-sekat.

Dalam kesenangan kita bersyukur. Dalam kesukaran kita bersabar. Dan sekiranya kita boleh bersyukur dalam kesukaran, Subhanallah.

Kita kena beringat sentiasa ada sesuatu yang berlaku. Allah meminta doa dalam tiga cara, sama ada akan memakbulkan, memberikan musibah atau simpan untuk di syurga kelak.

Dan teruskan berdoa dan beribadah. Walaupun doa tidak dimakbulkan, tetapi doa akan ditulis sebagai satu ibadah untuk akhirat. Jadi, jangan bersedih dan terus berdoa. Allah tahu yang terbaik buat kita semua.

Memang wanita hebat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya sebak kerana tidak pernah melihat penyanyi berumur 42 tahun itu menangis.

Justeru, netizen memberikan kata-kata semangat buat pemilik nama Shazrina Azman.

Pada awal bulan ini, Mizz Nina dan Noh Salleh mengumumkan perceraian selepas 11 tahun berumah tangga.

Pasangan berkenaan membuat keputusan berpisah selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum mengakhirinya dengan cara yang baik.

Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

Sumber: TikTok @ejust4u

SKIP THIS AD ×