berita

[VIDEO] Momen Suami Isteri Berpelukan Sebelum Ke Mahkamah Syariah Undang Sebak – ‘Berpisah Bukan Bererti Membenci..’

September 16th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sudah menjadi satu lumrah dalam melayari bahtera perkahwinan, pasti akan dilanda badai dan ketika itulah, hubungan suami isteri mula teruji.

Artikel Berkaitan: Pelakon Berstatus Janda Berjaya Rampas Suami Orang Sampai Isteri Minta Cerai?

Artikel Berkaitan: Mak-Mak Bergaduh, Anak Yang Bercerai-Berai..

Baru-baru ini, tular video di media sosial memaparkan sepasang suami isteri berpelukan sebelum hadir ke mahkamah syariah untuk proses perceraian.

‘Berpisah bukan bererti membenci..’

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, sepasang suami isteri dalam perjalanan ke mahkamah syariah dengan menaiki kereta yang sama. Namun apa yang mencuri tumpuan ramai apabila melihat pasangan ini begitu mesra sambil berpegangan tangan.

Hubungan mereka dilihat dalam keadaan baik-baik sahaja malah mereka turut bersalaman dan berpelukan buat kali terakhir sebelum membuat haluan masing-masing. Sesekali kelihatan pasangan ini sebak sambil mengalirkan air mata.

Video yang dikongsikan telah mendapat lebih daripada 2 juta tontonan di aplikasi TikTok. Wargamaya akui sebak dan hiba melihat pasangan ini yang terpaksa melalui liku-liku rumah tangga sehingga bercerai meskipun hubungan mereka dilihat tidak bermasalah. Dalam pada itu, wargamaya mendoakan agar urusan pasangan ini dipermudahkan selain berharap agar mereka disatukan kembali.

Video

Sumber: Manboss805

SKIP THIS AD ×