Pelakon Rita Rudaini memberitahu anak-anak merupakan keutamaannya dari dahulu sehingga sekarang.
Artikel Berkaitan: Rita Rudaini – ‘Patut Tak Tindakan Diambil Pada Pengurusan, Bomoh Laptop?’
Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Pesan Ibu Bapa Perlu Jadi Pendengar Yang Baik, Sentiasa Berkomunikasi Dengan Anak – ‘Ambil Pengajaran Kisah Arwah Zulfarhan’
Risau tentang masa depan kamu
Menerusi sebuah posting di Instagram, Rita berkata, dia tidak pernah bercerita kepada anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna mengenai perasaan sebenarnya.
Mommy selalu risau tentang masa depan kamu. Mommy selalu penat dan letih tetapi tetap berusaha untuk kamu. Mommy banyak berkorban demi kebahagiaan kamu. Mommy akan rasa bersalah jika tak pernah ada dengan kamu. Mommy sangat bangga walau apa saja pencapaian kamu walau sekecil kecil apa pun.
Tambah Rita, sebagai ibu tunggal dia sedar bahawa dirinya tidak sempurna.
Mommy tahu mommy tidak sempurna, boleh ke kamu terima? Hati mommy akan hancur bila kamu dalam kesedihan. Diri mommy dah tiada apa-apa kerana semua keutamaan hal hanya pada kamu.
Di akhir posting, pelakon drama ‘Rafflesia’ ini mengakui dia akan melakukan apa jua perkara dengan perasaan senang hati walaupun ianya sukar.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Rita Rudaini