berita

[VIDEO] Mona Allen Sertai Pertandingan Nyanyian, Netizen Tak Sanggup Dengar -‘Lebih Baik Fokus Berlakon’

June 1st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Sepotong video yang menyaksikan pelakon Mona Allen menyanyikan lagu Rindu Padanya nyanyian asal penyanyi Camelia di sebuah program realiti baru-baru ini telah menyorot perhatian netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hanya Pakai ‘Hoodie’ & Nampak Sebahagian Rambut, Netizen Persoal Niat Bernazar Mona Allen

Artikel Berkaitan: Mona Allen Tak Kisah Berat Badan Naik, Asalkan Cukup Susu Badan Untuk Anak

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @f8buzz, Mona dilihat manis mengenakan busana berona biru laut sambil ditemani beberapa penari latar di atas pentas.

Netizen ‘terkejut’ 

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas berasa ‘terkejut’ selepas mendengar nyanyian daripada isteri kepada aktor Pekin Ibrahim itu.

Malah ada juga yang meminta Mona untuk fokus pada lakonan sahaja berbanding nyanyian.

Pun begitu, terdapat segelintir netizen yang memuji keberanian Mona selain menganggap aktres itu mungkin dalam keadaan gementar ketika itu.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×