berita

[VIDEO] Mona Fandey ‘Bangkit Kembali’

November 8th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Mona Fandey

Umum mengetahui berkenaan kisah pembunuhan seorang ahli politik bernama Datuk Mazlan Idris yang dibunuh oleh seorang penyanyi era 90-an, Mona Fandey yang pernah menggemparkan negara sekitar Julai 1993.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Tiri Mona Fandey Kesal Ada Pihak Cuba Dedah Wajahnya – ‘Macam Tak Nak Tengok Saya Hidup Tenang’

Artikel Berkaitan: ‘Papa Azankan & Masukkan Air Liur Dia Ke Dalam Mulut Saya..’ – Anak Tiri Mona Fandey

Mitos atau fakta?

Mona Fandey

Meskipun sudah 31 tahun kes tersebut berlalu, namun ia tidak pernah senyap dan terus menjadi bualan orang ramai hingga ke hari ini.

Mona Fandey atau nama sebenar Maznah Ismail merupakan seorang penyanyi dan lagu miliknya berjudul Ratapan Anak pernah popular pada tahun 1987.

Kini lagu tersebut kembali hit apabila seorang rapper terkenal, Malique membuat kolaborasi bersama Mona Fandey untuk single terbarunya iaitu Sedih Hati.

Menurut sumber media tempatan, Mona Fandey juga dikatakan mempunyai kelebihan menghaibkan dirinya untuk keluar dan masuk penjara kerana dipercayai dia mengamalkan ilmu hitam yang dituntut dari seorang mahaguru berasal dari Jawa Barat, Indonesia.

Dalam pada itu, seorang petugas yang bertanggungjawab menjaga sel Mona Fandey mendakwa dia kerap mendengar rintihan wanita menangis pada setiap malam.

Menariknya tentang Mona Fandey ini, meskipun sudah ditangkap dan dijatuhkan hukuman, namun raut wajahnya kekal tenang tidak pernah lekang dari senyuman.

Bagaimanapun, adakah kes berprofil tinggi ini sekadar mitos atau benar-benar fakta? Ikuti kisah kisah penuh Mona Fandey dalam rancangan Fail Mahkamah malam ini jam 9, hanya di TV3 atau strim sekarang melalui applikasi Tonton!

Video

@tv3malaysia Sedap suara Mona Fandey ni.. korang tahu tak lagu beliau dulu pernah masuk Muzik Muzik? Saksikan kes penuh di Fail Mahkamah, setiap Rabu pada jam 9 malam, hanya di TV3. Strim secara Live HD atau layan semula semua program favorite anda di Tonton melalui www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton sekarang! #FailMahkamahTV3 #MerungkaiKesKesTergemparMalaysia ? original sound – TV3Malaysia

SKIP THIS AD ×