berita

[VIDEO] Mondy Tatto Dakwa Tangan Dipegang, Pipi Disentuh & Hampir Dicium – ‘Dia Minta Saya Berlakon Solat’

September 16th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

MONDY TATU

Wanita bertatu dari Indonesia, Mondy Tatto kembali mencuri perhatian warganet selepas dia mendedahkan kisah yang berlaku ketika tiba di Malaysia dalam satu siaran podcast yang dikendali oleh penyanyi rap, Caprice.

Artikel Berkaitan: ‘Semua Tidak Tahu Jahat Dia, Kotor Seperti Apa’ – Mondy Tatto

Tiga kali gangguan seksual

Mondy Tatto

Terbaru, menerusi video di Youtube, Mondy mendakwa dia telah menjadi mangsa gangguan seksual kepada seorang individu berpewatakan alim. Dakwa Mondy, bukan sekali sebaliknya tiga kali cubaan itu dilakukan.

Saya datang ke Malaysia adalah untuk menjual sambal yang saya buat, namun tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kali pertama bersama dia dalam kereta tangan saya telah dipegang dan diusap.

Orang ingat saya ini yang teruk, tetapi dia lebih teruk, saya kena pertahankan hak saya.

Kejadian kedua pula, selepas semua sudah makan, aku masuk ke kereta dulu. Selepas berbincang, dia tutup langsir dalam kereta itu dan bangun serta singkap jubahnya dari bawah. Tetapi pemandu dia ketuk pintu dan bertanya apa yang berlaku.

Kemudian ketiga pula, dia pegang pipi serta usap tatu saya seperti ingin mencium saya. Kami berdua bukan muhrim malah dia juga orang yang tinggi ilmu agamanya.

Takut kena baling batu

mondy tattoo 2

Ditanya kenapa mengambil masa lama sebelum membongkar ‘perangai sebenar’ individu perwatakan alim, dakwa Mondy dia telah menerima ugutan daripada pasukan lelaki terbabit.

Saya tidak mendedahkan perkara ini sebelum ini sebab saya ada ancaman, mereka kata saya akan dibaling batu jika berada di Malaysia.

Kata mereka saya juga boleh dipindahkan (migrasi) ke tempat lain kerana rakyat Malaysia tidak menyukai saya.

Dalam pada itu, Mondy juga mendakwa dia telah dipaksa untuk berlakon sedang bersolat meskipun sudah diberitahu enggan melakukan.

Dia minta saya berlakon solat, pakai jubah solat. Dia paksa saya lakukan juga walaupun sekejap. Saya tidak mahu buat perkara sebegitu.

Aku maklum kejadian ini kepada suami saya, saya terus menangis ketika hubunginya yang berada di Indonesia. Allah maha melihat dan tahu kejadian yang berlaku.

Terdahulu, Mondy pernah menjadi bualan ramai selepas ‘diselamatkan’ oleh penceramah bebas itu ketika lawatan ke Indonesia dan video itu viral di media sosial.

Sumber: Youtube

SKIP THIS AD ×