berita

[VIDEO] Individu Dakwa Ebit Lew Punca Jadi Gelandangan, Caprice Suruh Belajar Dari Mondy – ‘Jangan Bergantung Dengan Bantuan’

July 21st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pendakwah Ebit Lew kembali menjadi topik hangat di media sosial apabila seorang individu tampil meluahkan ketidakpuasan hati.

Artikel Berkaitan: ‘Orang Kanan’ Ebit Lew Ucap Selamat Tinggal, Caprice Syukur Doa Orang Teraniaya Makbul

Artikel Berkaitan: Ebit Lew Agih Makanan Kepada Gelandangan, Zul Ariffin Tak Kekok Turun Padang Sekali – ‘Ramai Menangis Rindu…’

Keluarga jadi orang gelandangan

Menerusi hantaran Facebook, individu dikenali sebagai Nur Dalisyah mendakwa Ebit telah memungkiri janji dengan keluarganya.

Dakwa Dalisyah, Ebit tidak membayar sewa rumah sehinggakan mereka terpaksa berpindah keluar.

Selain itu, Dalisyah turut menepis spekulasi yang mendakwa dirinya dan keluarga menerima duit poket sebanyak RM2,000 beserta barang dapur daripada Ebit.

Jangan berharap dekat bantuan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Sementara itu, penyanyi rap Caprice turut diminta warganet untuk mengulas mengenai luahan terbabit. Kata Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, Dalisyah perlu belajar berdikari seperti Mondy yang kini sudah membuka kedai tatu selepas dibantu oleh Ebit.

Ramai DM saya pasal Ustaz Ebit Lew. Saya kena berlaku adil. Apa-apa yang dijanjikan ustaz (Ebit) dengan gelandangan ini, itu antara mereka berdua.

Walau bagaimanapun, apa yang saya nak sampaikan adalah kalau anda masih boleh berjalan, masih ada tangan, masih boleh baca, sempat lagi main Facebook.

Apa kata cuba cari kerja dan jangan hanya bergantung dengan bantuan. Cuba cari kerja. Insya-Allah.

Kita kena belajar dari Mondy. Jumpa di tepi jalan, tak ada rumah, jual sambal dan akhirnya dia sendiri berdikari buka kedai tatu. Ini namanya bijak! Faham ke tak faham? Insya-Allah.

Sumber: Facebook & Instagram

SKIP THIS AD ×