berita

[VIDEO] ‘Mu Tak Gati Mapuh Mu’ – Lelaki Mengamuk Hayun Besi Gara-Gara Kereta Dipotong?

April 14th, 2020 | by Arini Saleh
Video Popular

Tindakan keterlaluan seorang lelaki menghayun besi didakwa kerana tidak berpuas hati kereta dipotong undang padah. Melalui laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata tindakan lanjut akan diambil dan siasatan awal mendapat lelaki tersebut mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Tak puas hati kereta dipotong?


Video viral di media sosial ini menunjukkan lelaki tersebut memarahi pemandu Perodua Kancil sambil menghayun besi. Sebelum itu, dia didakwa bertindak luar kawalan apabila mula melanggar dan menghimpit Perodua Kancil sehingga terbabas ke dalam parit.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata, suspek dipercayai marah kepada mangsa yang memotong kenderaannya.

Mangsa mengakui memotong kenderaan terbabit disebabkan suspek memandu sangat perlahan serta dalam keadaan ke kiri dan ke kanan.

Sebaik sahaja mangsa memotong, suspek terus mengekori dan menghimpit sehingga kenderaan mangsa terbabas. Suspek kemudian meluru dan memukul mangsa menggunakan besi sehingga menyebabkan kecederaan.

Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami luka sepanjang 3 sentimeter (cm) di kepala dan bengkak serta calar di lengan. Mangsa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang.

Kereta sambung bayar

Dalam kejadian di Jalan Kampung Atas Pinggir, Bunut Susu Pasir Mas petang semalam, pemandu Perodua Kancil hanya mampu menahan pukulan disebabkan masih tersepit di pintu kereta.

Selain itu, semakan mendapati kenderaan dinaiki suspek didaftarkan atas nama seorang pemilik wanita di Bangi. Pemilik kenderaan sudah dihubungi dan menjelaskan bahawa kenderaan ini diberikan sambung bayar kepada sebuah syarikat kereta di Kelantan.

Pihak kami masih mengesan suspek dan tindakan lanjut akan diambil atas kesalahan yang dilakukannya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 dan 279 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan rekod, pemandu kenderaan jenis Toyota Harrier itu mempunyai tiga rekod jenayah. Malah, kereta yang dipandunya didaftarkan atas nama seorang wanita di Bangi.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×