berita

[VIDEO] MUA Bellaz Kongsi Rezeki, Beli Kek ‘Fairy’ Buat Anak-Anak Kurang Berkemampuan

April 17th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Jurusolek terkenal, MUA Bellaz berkongsi rezeki dengan membeli kek hadiah hari jadi buat penduduk di sekitar Alor Setar.

Artikel berkaitan: PRN: MUA Bellaz Selamba Pakai Tudung ‘Berlubang’ Pergi Mengundi

Artikel berkaitan: [VIDEO] Netizen Kagum MUA Bellaz Hadiahkan Pembantu Rumah Cincin Emas – ‘Seumur Hidup Ini Hadiah Paling Besar Dia Pernah Dapat’

Kongsi rezeki sambut hari jadi anak teruna

Menerusi perkongsian di TikTok, Bellaz dan suami membeli kek dalam jumlah yang banyak untuk membuat kenduri bagi menyambut ulang tahun anak lelaki pertama mereka, Aidil Mikael.

Menurutnya, dia juga berhasrat untuk memberi kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk makan kek.

Mat Nuart dan Bellaz pergi beli kek yang ada dalam peti ais tu dekat Bakery Fairy.

Itu buat kenduri sikit anak teruna Bellaz kongsi rezeki bagi dekat followers Bellaz yang tinggal di Alor Setar yang kurang berkemampuan beli kek.

Bellaz beli bagi anak-anak makan, bagi mereka seronok. Doa Bellaz murah rezeki boleh kongsi lebih lagi dengan orang ramai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberitahu kek yang dibeli Bellaz itu sangat sedap malah mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki.

Kek fairy sedap.

Disebabkan Bellaz, saya pergi cari kek ni. Ngidam punya pasal. Dari Penang ke Kedah.

Insan terpilih. Semoga murah rezeki sekeluarga.

Sumber: TikTok, Facebook

SKIP THIS AD ×