Jurusolek dan personaliti media sosial, MUA Bellaz berbesar hati memberikan ‘cashback’ kepada pelanggannya.
Artikel Berkaitan: OOTD MUA Bellaz Dalam Banjir Curi Tumpuan, Netizen Puji Bantu Penduduk Kampung – ‘Patutlah Allah Limpahkan Rezeki’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Tak Pernah Tayang Harta – ‘Dia Rendah Diri & Tak Lupa Asal Usul’
Hargai pembeli
@muabellaz video ni di upload selepas brg semua dh dipos & di Terima pelanggan ..Taniah pda yg bertuah dpt Cashback dri bellaz .rezeki la kata ..sapa yg dh dpt brush Alhamdulilahhhh TERIMA KSIH BNYK2 yg dh bg feedback dkt beg kuning brush bellaz & support bisnes kecil bellaz ni ?? mintak maaf dri hujung rmbut smpai hujung kaki andai terkurang dimna2 ..yg xdpt brush jgn sedih nnti join preoder dgn bellaz naa ???
Menerusi hantaran di TikTok, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini memuat naik video yang memaparkan suaminya sedang memasukkan wang di dalam sampul.
Video ini dimuat naik selepas barang semua sudah dipos dan diterima pelanggan. Taniah pda yang bertuah dapat ‘cashback’ dari saya.
Menurut ibu kepada empat orang anak tersebut, wang yang diberi adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan.
Siapa yang dapat berus solek, Alhamdulillah terima kasih. Banyak yang bagi maklum balas dan sokong bisnes kecil saya.
Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, andai terkurang di mana-mana.
Respons netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pelanggan Bellaz memberikan respons yang baik terhadap produk berkenaan.
Dalam masa yang sama, mereka juga teruja apabila menerima ‘cashback’ dari pembelian tersebut.
Terdahulu, pempengaruh berasal dari negeri utara tanah air itu menerima pelbagai komen daripada warganet berikutan harga berus solek yang dijual didakwa terlalu mahal.
Sumber: TikTok MUA Bellaz