Baru-baru ini, pelakon jelita iaitu Datin Intan Najuwa baru saja selesai mengadakan majlis tahnik buat anak sulungnya iaitu Imane Lunara.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Respon Dipertikai Guna Kerusi Roda, Perut Kembung Macam Ada ‘Baby Bump’ – ‘Agak Mengejutkan Kerana Banyak Komen Daripada Wanita’
Majlis tahnik Imane
@intannajuwaaaMajlis bertahnik Imane Lunara ??? original sound – Intannajuwa
Menerusi TikTok, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi beberapa momen sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Dapat dilihat, Intan turut menjemput dan menjamu beberapa pelajar tahfiz sepanjang majlis berlangsung.
Majlis bertahnik Imane Laura.
Perkongsian yang kini meraih lebih 1,700,000 tontonan itu kemudiannya dihujani komen netizen yang risau melihat raut wajah Intan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa wajah pelakon berusi 27 tahun itu kelihatan penat dan pucat.
Intan beri respon
Pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Kekasih Paksa Rela’ itu kemudiannya menjawab pertanyaan netizen.
Ujar Najuwa, wajahnya kelihatan sebegitu kerana dia tidak mengenakan sebarang solekan dan masih dalam proses berpantang.
Sekadar info, Intan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu.
Untuk rekod, Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023.
Sumber: TikTok