Kawan kepada Yusuf Bahrin berkongsi keadaan pelakon itu selepas menerima berita kepulangan 23 sukarelawan Malaysia, termasuk isteri tercintanya, Zizi Kirana, yang sebelum ini ditahan oleh pihak Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Artikel Penuh: ‘Melutut Dalam Keadaan Berpanas, Disuruh Buka Stokin, Tudung Ditarik, Baju Digunting’ – Zizi Kirana Kongsi Pengalaman Sebagai Tahanan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Dilayan Seperti Binatang, Tidak Diberi Makanan & Air Bersih’ – Hazwani Helmi

Artikel Berkaitan: Nadzmi Adhwa Sudah Kirim Telefon Bimbit, Ramai Tidak Sabar Ardell Aryana Kembali Buat ‘Live’ 

Kembali senyum

Menerusi rakaman pendek ketika berbual menerusi panggilan video, individu terbabit meluahkan rasa syukur melihat Yusuf kembali ceria.

Katanya, Yusuf sudah mampu tersenyum, malah matanya tidak lagi sembap seperti ketika mendapat tahu Zizi ditahan oleh tentera Zionis.

Muka ada senyum, alhamdulillah nampak ceria dah. Mata dah tak bengkak.

Dalam pada itu, individu terbabit turut bertanya sama ada Zizi sudah menghubungi pemilik nama Muhammad Yusuf Bahrin.

Terdahulu, Zizi bersama 22 sukarelawan Malaysia dilaporkan selamat tiba di Istanbul, Turkiye sekitar jam 9 malam waktu Malaysia (Sabtu), selepas dibebaskan daripada tahanan Angkatan Tentera Israel (IDF) ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Sumber: TikTok