Pelakon Nora Danish berpendapat bahawa setiap insan yang ingin berubah ke arah lebih baik memerlukan sokongan daripada orang sekeliling.
Artikel Berkaitan: ‘Allah Lihat Kualiti Bukan Kuantiti, Tak Salah Cari Hidayah Allah’ – Nora Danish
Artikel Berkaitan: Nora Danish Terpegun Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza – ‘Tak Make Up Pun Dah Macam Bidadari’
‘Saya nak sangat orang mendoakan dia’
Ketika ditemui OhBulan!, Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42, mendedahkan pernah melalui fasa untuk berhijrah menjadi insan lebih baik sama seperti yang dilalui rakan selebriti, Diana Danielle.
Saya tahu dan pernah melalui fasa di mana saya solat tu, saya rasa seronok nak post. Sebab kita yang berada dalam fasa nak berubah ni, memerlukan sokongan orang sekeliling.
Jangan mempertikaikan benda kecil yang mereka buat tu, sebab kadang-kadang benda yang kecil tu tapi dengan keikhlasan tu mungkin akan jadikan mereka lebih baik.
Dalam pada itu, Nora meluahkan sokongan terhadap usaha Diana yang cuba memperbetulkan solat dan mencari hidayah Allah SWT.
Jadi saya rasa apa yang Diana Danielle lakukan itu adalah yang terbaik dengan memperbetulkan solat sebab itu adalah tuntutan agama yang paling penting sekali. Dengan memperbetulkan solat, kita juga akan cuba memahami ayat dan surah yang dibaca, solat di awal waktu dan khusyuk.
Dengan adanya semua itu, mungkin Diana Danielle akan berubah menjadi lebih baik daripada kita. Saya sebagai seorang selebriti yang pernah melalui fasa itu, saya perlu sokong dia. Saya nak sangat orang mendoakan dia.
Nora berkata demikian ketika ditemui sesi bergambar bersama pelakon drama Langit Ke Tujuh yang berlangsung di Sri Pentas, pada Isnin.
Nora dapat ketenangan hati lepas berhijrah
Apabila ditanya mengenai perubahan pada dirinya dan kehidupan selepas berhijrah, Nora mengakui hatinya kini semakin tenang selain tidak melihat sesuatu masalah yang datang itu adalah satu perkara besar.
Dari sudut ketenangan hati. Dulu memang kita rasa kehidupan kita okay tapi hati tu berceramuk. Kadang-kadang benda tu tak penting, tapi kita rasa penting sangat. Contoh nak makan apa pun sampai boleh bergaduh dengan anak-anak.
Itu sebab hati kita tak tenang tapi lepas berlakunya penghijrahan ni, saya dapat rasakan jiwa lebih tenang. Daripada kita melihat masalah, kita akan lebih bersyukur dan terima ujian tu.
Ketenangan dalam jiwa tu penting untuk kita lalui kehidupan kita. Saya pun sentiasa doa untuk mendapat jiwa yang tenang.
Sementara itu, Nora meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi dengan insan yang baik, positif dan sentiasa membantunya supaya kekal istiqomah.