Pendakwah bebas, Ustaz Kembar menjelaskan tentang hukum berbuka puasa bagi mereka yang bermusafir pada bulan Ramadan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Hafiz Afandi Kongsi Dua Peristiwa Besar Berlaku Pada 17 Ramadan – ‘Pada Malam Ini, Pentingnya Keberkatan Doa’

Artikel Berkaitan: Jafri Mahmoodi Kongsi Kunci Utama Malam Lailatul Qadar – ‘Rugi Kalau Terlepas, Tolong Jaga Sampai Akhir Ramadan’

Ustaz Kembar kongsi ikut pandangan ulama

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Kembar menjelaskan bahawa seseorang itu dibenarkan meninggalkan ibadah puasa ketika bermusafir, namun ia hanya boleh dilakukan sekiranya memenuhi beberapa syarat tertentu.

Menurut Ustaz Kembar, syarat pertama ialah perjalanan mesti mencapai sekurang-kurangnya dua marhalah, iaitu kira-kira 81 kilometer atau lebih mengikut sebahagian pandangan ulama.

Ramai yang salah faham kalau kita bermusafir pada bulan Ramadan, kita boleh tinggal puasa.

Boleh meninggalkan puasa tersebut kalau kita bermusafir dengan beberapa syarat.

Yang pertama, musafir itu mestilah mencapai dua marhalah perjalanannya, maknanya lebih kurang dalam 81 km ataupun lebih mengikut sesetangah pendapat.

Ustaz Kembar turut menjelaskan bahawa seseorang itu juga perlu memulakan perjalanan sebelum masuknya waktu solat Subuh dari kawasan tempat tinggalnya.

Yang kedua, kita kena keluar memulakan perjalanan itu sebelum daripada masuknya waktu solat Subuh daripada kawasan tempat tinggal kita.

Afdal, teruskan berpuasa

Tambahnya lagi, tujuan musafir itu juga mestilah bukan untuk melakukan perkara maksiat.

Bagaimanapun, dia mengingatkan agar orang ramai berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya meninggalkan puasa tanpa memastikan syarat yang ditetapkan benar-benar dipenuhi.

Syarat ketiga pula, musafirnya itu bukan sebab maksiat, barulah dia boleh berbuka puasa dalam perjalanan ketika sedang bermusafir.

Selain daripada itu, dia tidak boleh berbuka puasa.

Jadi kena hati-hati, jangan sampai kita buat silap dekat sini.

Cukup syarat-syaratnya baru boleh kita berbuka puasa.

Dalam pada itu, dia menegaskan bahawa sekiranya seseorang yang bermusafir tidak berdepan dengan sebarang kesukaran maka yang lebih afdal adalah tetap meneruskan ibadah puasa.

Yang afdal adalah orang bermusafir itu tidak ada kesusahan atas dirinya dan yang terbaik adalah dia teruskan berpuasa.

Sumber: TikTok Ustaz Kembar