![[VIDEO] Ustaz Hafiz Afandi Kongsi Dua Peristiwa Besar Berlaku Pada 17 Ramadan – ‘Pada Malam Ini, Pentingnya Keberkatan Doa’](https://asset.ohbulan.com/2026/03/sfVINo5m-ustaz-kembar.jpg)
Pendakwah bebas, Ustaz Hafiz Afandi berkongsi dua peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada malam ke-17 Ramadan dan merupakan antara malam yang istimewa.
Artikel Berkaitan: ‘Memijak Al-Quran Adalah Satu Penghinaan Terbuka Terhadap Agama’ – Ustaz Wadi Annuar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bila Sentuh Agama, Ia Sangat Menyakitkan’ – PU Riz Bersuara Isu Penuntut Universiti Pijak Al-Quran
Nuzul al-Quran
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Hafiz Afandi atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kembar menjelaskan bahawa peristiwa pertama yang berlaku pada malam tersebut ialah Nuzul al-Quran, iaitu detik turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Malam ini adalah malam terpenting di bulan Ramadan kerana ia merupakan malam ke-17 Ramadan dan berlakunya dua peristiwa besar.
Yang pertama adalah peristiwa Nuzul al-Quran iaitu turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad, yang sampai ke hari ini al-Quran itu merupakan yang paling utama dalam kehidupan kita.
Ustaz Hafiz turut menyeru umat Islam agar memanfaatkan peluang ini dengan memperbanyakkan amal ibadah serta memanjatkan doa kepada Allah S.W.T.
Pada malam ini, pentingnya keberkatan doa.
Pada malam nuzul al-Quran tersebut nabi pernah berdoa sehingga basah janggutnya.
Jadi gunakan peluang ini sebaik mungkin, kerana kita sudah mendapat memasuki bulan Ramadan dan kita menghidupkan malam Nuzul al-Quran tersebut dengan perbanyakkan ibadah dan berdoa.
Kepada sesiapa yang berdoa pada malam itu, InsyaAllah segala doanya akan ijabah, dimakbulkan oleh Allah.
Perang Badar
Berkongsi lanjut, Ustaz Hafiz berkata satu lagi peristiwa besar yang berlaku pada hari ke-17 Ramadan ialah Perang Badar, iaitu peperangan yang sangat penting dalam sejarah Islam.
Dalam pertempuran tesebut, hanya 313 orang tentera Islam berhadapan dengan kira-kira 1,000 tentera musuh yang berusaha memusnahkan umat Islam.
Peristiwa yang besar juga berlaku pada 17 ramadan ialah berlakunya Perang Badar iaitu peristiwa penting dalam sejarah Islam.
Kerana pada peperangan itu umat Islam hanya terdiri daripada 313 anggota sahaja.
Orang kafir yang ingin membunuh orang Islam, jumlahnya 1000 orang.
Kalau kita gagal pada hari tersebut ianya bermaksud kita bukan umat Islam pada hari ini.
Jelasnya lagi, dengan doa dan kebergantungan penuh kepada Allah S.W.T, Rasulullah S.A.W. memohon keberkatan pada malam Nuzul al-Quran, lalu Allah S.W.T. memakbulkan doa baginda sehingga tentera Islam berjaya meraih kemenangan dalam Perang Badar.
Nabi berdoa pada hari tersebut untuk mengambil keberkatan malam Nuzul al-Quran dan Allah makbulkan doanya sehingga umat Islam mendapat kemenangan dalam Perang Badar.
Pada malam ke-17 Ramadan ini, iaitu malam Nuzul al-Quran juga kita perhebatkan lagi amal ibadah kita.
Apa sahaja hajat kita yang ingin dicapai InsyaAllah semuanya akan dimakbulkan.
Sumber: TikTok Ustaz Kembar