berita

Video Muzik Juara ICSYVMY2, Mu’izz Zulqarnain Raih Lebih 100 Ribu Tontonan Dalam Masa 3 Hari

October 3rd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Selepas bersiaran selama 14 minggu, akhirnya program realiti I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY2) melabuhkan tiraianya pada ahad lepas. Showcase pada kali ini mempertandingkan seramai 8 orang juara mingguan sambil dinilai oleh 4 penyanyi popular iaitu Misha Omar, Ara Johari, Andi Bernadee dan Luqman Faiz.

Apa yang lebih menarik apabila juara I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY2) ini merupakan satu-satunya peserta termuda dalam rancangan ini iaitu Mu’izz Zulqarnain atau lebih dikenali sebagai ‘Ya Tuan’.

Showcase ICSYVMY2

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Mu’izz memiliki suara yang sangat best dan unik! Jadi, memang layak lah gelaran juara itu diberikan kepadanya.

Selain dinobatkan sebagai juara, Mu’izz juga berpeluang mengeluarkan single lagunya sendiri yang berjudul ‘Andai Nanti’ berserta video muzik.

Kemenangan Mu’izz pada malam itu dengan mendendangkan lagu ‘Untuk Kamu’ daripada Nastia cukup membuktikan bakat nyayiannya yang luar biasa sehingga berjaya menewaskan tujuh peserta yang lain iaitu Amirul Ashraf, Puteri Zarith Ziana, Norafheda, Sofea Arissa, Nursyahmina Amirah, Muhammad Hakimi dan Syamsul Idzham.

Persembahan ‘Duet Battle’

Showcase ICSYVMY2 dibahagikan kepada 2 pusingan iaitu ‘Duet Battle’ dan ‘Persembahan Solo’. Pada pusingan pertama, ‘Duet Battle’ akan menjadi taruhan apabila dua peserta perlu mempersembahkan sebuah lagu duet bersama.

Dalam pusingan ini, para artis jemputan hanya perlu mendengar suara mereka tanpa melihat penampilan penyanyi tersebut. Kemudian, keempat-empat artis jemputan perlu memilih salah seorang daripada mereka untuk mara ke pusingan seterusnya.

Persembahan Solo

Bagi pusingan kedua pula, setiap peserta yang telah berjaya dipilih ke pusingan seterusnya perlu membuat persembahan solo dengan menyampaikan sebuah lagu. Selepas tamat persembahan, para artis jemputan bertanggungjawab memilih salah seorang daripada mereka untuk dinobatkan sebagai juara Showcase ICSYVMY2.

Tahniah ‘Ya Tuan’

Tahniah diucapkan kepada Mu’izz Zulqarnain atas kemenangan ini! Jangan lupa untuk saksikan video muzik single terbaharu Mu’izz yang berjudul ‘Andai Nanti’ di YouTube TV3 dan TV9 Malaysia.

SKIP THIS AD ×