berita

[VIDEO] Myvi ‘Racing’ Atas Jalan Raya, Kanak-Kanak Terpelanting Keluar Kereta Dilanggar

February 11th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Keselamatan di jalan raya merupakan satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu. Namun, ada juga dalam kalangan pemandu yang masih degil dan tidak memandu dengan berhemah sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Paidaiah Ramu menceritakan detik cemas apabila kereta yang dipandu adiknya secara tiba-tiba telah dilanggar sehingga anak buahnya itu tercampak keluar dari kereta.

Kereta berlumba di jalan raya

https://www.facebook.com/paidaiah.ramu/videos/pcb.2239906016303033/2239905982969703/?type=3&theater

Menerusi video berdurasi 0:57 saat yang dimuatnaik Paidaiah di laman Facebooknya, memaparkan kenderaan jenis Perodua Myvi dipercayai sedang berlumba di atas jalan raya Pedas Linggi, Negeri Sembilan. Pada ketika itu, adiknya yang juga sedang memandu di laluan tersebut secara tiba-tiba telah dilanggar kereta berkenaan dan apa yang paling mengejutkan anaknya yang turut berada di dalam kereta tersebut telah tercampak keluar dari kereta.

Disebabkan pelanggaran yang berlaku, kanak-kanak tersebut telah mengalami kecederaan dan luka dibahagian muka sebelum diselamatkan oleh pengguna jalan raya yang lain. Kanak-kanak itu kemudian telah dihantar ke Hospital Tunku Jaafar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mengalami kecederaan di muka

Menjengah ke ruangan komen, salah seorang pengguna Facebook curiga dengan kesahihan kejadian tersebut memandangkan tarikh yang dipaparkan pada rakaman dashcam itu adalah berlaku pada 18 Mac 2018 iaitu sekitar 2 tahun yang lalu. Tetapi Paidaiah walau bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut dengan menjelaskan perkara sebenar. Menurutnya, kejadian ini berlaku pada 10 Februari yang lalu dan dia turut menjelaskan bahawa tarikh tersebut berbeza kerana pemilik kereta dikatakan itu tidak melakukan penetapan semula pada dashcam berkenaan.

Sementara itu, melalui posting terbaru Paidaiah dia memberitahu bahawa mereka telah mendapat nombor plat kereta Perodua Myvi yang dipercayai melanggar kenderaan adiknya sehingga mendatangkan kecederaan kepada anak buahnya itu.

Sumber: Paidaiah Ramu

SKIP THIS AD ×