berita

[VIDEO] Nabil Ahmad Buat Laporan Polis, Scammer Guna Foto Ajak Sertai Pelaburan

November 20th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nabil Ahmad

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad memaklumkan dia telah membuat laporan polis susulan wajahnya disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dipercayai untuk tujuan penipuan atau scammer.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Boleh Nabil Perlu Lebih Berhati-Hati Ketika Berkata’ – Mamat Exists

Artikel Berkaitan: Sempat Lepak, Makan & Tidur, Penganggur Didenda RM3,000 Ceroboh Rumah Nabil Ahmad

Mangsa scammer

Nabil Ahmad

Menerusi perkongsian di Instagram, Nabil berkata fotonya itu digunakan untuk mengajak orang ramai menyertai sebuah pelaburan.

Malah, tindakan tersebut telah menjejaskan nama baik dan reputasinya sebagai seorang selebriti.

Imej wajah saya telah digunakan untuk ajak orang ramai buat pelaburan. Ini adalah satu bentuk scam yang sedang berlaku.

Jadi saya telah buat laporan polis kerana ia telah menjejaskan kerjaya dan nama baik saya.

Kepada anda semua yang nampak tolong berhati-hati, ada juga rakan-rakan yang bertanya kepada saya tentang ini dan saya sudah maklumkan kepada mereka ini adalah scam.

Difahamkan laporan polis dibuat pelawak berusia 40 tahun itu di Balai Polis Damansara.

Dalam hantaran sama, Nabil turut menunjukkan foto wajahnya yang digunakan pihak scammer terbabit serta kertas laporan yang dibuat.

Tambah bapa kepada empat cahaya mata itu, selepas ini dia akan membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKM) untuk membersihkan namanya.

Saya akan ke SKM untuk tindakan selanjutnya.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×