![[VIDEO] Nabil Ahmad Kongsi Madrasah Dijangka Bina Tahun Depan, Kos Cecah Hampir RM500,000](https://asset.ohbulan.com/2025/07/nabil.jpg)
Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad mendedahkan kos pembinaan sebuah madrasah di kediaman keluarganya di Mambau, Negeri Sembilan, mencecah hampir RM500,000.
Artikel Berkaitan: Nabil Ahmad Berhasrat Jadikan Rumah Di Kampung Sebagai Madrasah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Terus Ke Masjid & Menangis’ – Nabil Terkesan Selepas Terima Surat Direhatkan Dari Radio, Risau Masa Depan Anak
Bina tahun depan

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad, 42, berkata perancangan pembinaan yang dijangka bermula awal tahun hadapan itu turut merangkumi penempatan untuk pelajar tahfiz.
Tanah lebih kurang seluas satu ekar setengah dan saya akan guna sepenuhnya.
Kos untuk membina madrasah termasuk penempatan para ustaz, pelajar dan tempat untuk orang datang mengaji sekitar RM500,000.
Sekarang ini saya biaya sendiri tempat pembinaan itu tetapi insya-Allah nanti saya akan buka kepada sesiapa yang ingin turut serta (menyumbang).
Apabila saya war-warkan saya mahu buka madrasah ramai yang mesej saya mahu turut serta.
Ibu sering tanya

Bercerita lanjut, Nabil menyatakan hasratnya untuk memastikan ibunya yang kini berusia 77 tahun berpeluang menyaksikan sendiri proses pembinaan madrasah tersebut.
Menurut pengacara program realiti Gegar Vaganza (GV) itu, pembinaan rumah pusaka berkenaan adalah impian ibunya yang ingin dia realisasikan.
Ibu saya sering tanya mengenai madrasah itu sebab sekarang sudah lapan tahun dia menjalani rawatan dialisis.
Dia juga risau sebab dia pun sudah tua jadi dia mahu buat bekalan untuk akhirat.
Saya tengah cuba secepat mungkin untuk memulakan pembinaan madrasah itu. Saya punya impian, kalau boleh saya mahu ibu lihat proses pembinaan itu sendiri.
Jika umur dia panjang, saya nak dia tengok sampai madrasah itu didiami pelajar dan siap sepenuhnya.
Sebelum ini, Nabil berkongsi di media sosial menyatakan hasratnya mahu menjadikan rumah milik keluarganya sebagai madrasah.
Perkongsian Nabil menerima pelbagai reaksi positif yang rata-rata memuji pelawak itu serta mendoakan agar perancangannya berjalan dengan lancar.







