Pelakon, Nabila Huda, Erma Fatima dan Umie Aida dilihat sering kali menyertai sesi ‘live’ yang dilakukan oleh Da’i Syed di Instagram. Terbaru, gelagat ketiga-tiga mereka yang sedang belajar cara sebutan kata ganti dalam bahasa Arab berjaya mencuri perhatian netizen.
Senang je tu
View this post on Instagram
Sejak belakangan ini, viral di TikTok mengenai video cara sebutan kata ganti dalam bahasa Arab. Semasa sesi live semalam, Da’i Syed dipercayai telah mengajar cara yang betul untuk menyebut kata ganti tersebut. Rata-rata netizen mula meluahkan rasa lucu apabila ketiga-tiga pelakon berkenaan tidak mampu menyebut perkataan itu dengan sempurna. Malah, Erma Fatima turut kelihatan tersenyum semasa Nabila Huda cuba menyebut perkataan yang diajar oleh Da’i Syed. Menerusi video itu juga, Da’i Syed dilihat telah memberi peluang sebanyak tiga kali buat para pelakon tersebut untuk berlatih.
Sakit perut gelak
Sumber: Da’i Syed