Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengumumkan bakal timang anak lelaki pada Januari tahun depan.
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Hamil Anak Pertama, Dijangka Bersalin Januari Depan – ‘Alhamdulillah, Saya & Suami Bersyukur Atas Rezeki Ini’
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Syukur Tak Alami Alahan Teruk, Cuma Mengidam Burger Ramly
Boleh shopping barang baby
@nabila.razaliiAlhamdulillah, terima kasih buat semua yang hadir meraikan kenduri kesyukuran dan gender reveal ‘Nik & Bella Jr.’ malam semalam. ? Sekarang dah tahu gender, bolehlah korang get ready hadiah utk baby pula! Eeeh ? Sebenarnya, Bella pun dah tak sabar nak shopping barang baby.? Korang yang nak beli persiapan barangan baby juga bolehlah datang dekat TCE Baby Expo pada 28 Nov – 1 Dec ini di Mid Valley KL. Kita jumpa dekat sana ok ?? Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali meluahkan rasa teruja dalam menyediakan barang persiapan bayi setelah jantina diumumkan.
Alhamdulillah, terima kasih buat semua yang hadir, meraikan kenduri kesyukuran dan gender reveal ‘Nik & Bella Jr’.
Sekarang dah tahu jantina, boleh korang bersedia hadiah untuk baby pula.
Sebenarnya, Bella pun dah tak sabar nak shopping barang baby.
Pada hantaran itu, dilihat keluarga, kenalan serta rakan artis turut bersama-sama meraikan majlis doa selamat dan ‘gender reveal‘ pelantun lagu ‘Pematah Hati’ tersebut.
Sekadar info, Nabila atau mesra disapa Bella selamat mendirikan rumah tangga bersama Nik Iruwan pada 18 November tahun lalu.
Sumber: TikTok nabila.razali