berita

[VIDEO] Nabila Razali Menjiwai Nyanyian Sampai Mata Merah, Netizen Tanya – ‘MK Kenapa Buat Begini?’

May 26th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Penyanyi, Nabila Razali sekali lagi mendapat perhatian warganet apabila dia dilihat begitu menghayati menyanyikan sebuah lagu sambil memandu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hasil Berjimat & Tahan Nafsu, Nabila Razali Mampu Beli Rumah Bernilai Jutaan Ringgit

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terperangkap Dalam Jem, Nabila Razali Selamba Naik Motor Pergi Show…

Vokal semakin baik

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Nabila dilihat sedang memandu sambil menyanyikan lagu popular berjudul Sial nyanyian Mahalini.

Video tersebut telah menarik perhatian warganet kerana suara dan vokal penyanyi berusia 31 tahun itu semakin baik.

Ada juga yang mengatakan nyanyiannya terkesan jika di atas pentas kemungkinan kerana gementar sehingga menjejaskan vokalnya.

Nabila ni suaranya memang sedap. Cuma gementar atas pentas jadi kena selalu berlatih lagi bernyanyi depan orang ramai.

Nabila ni bagus, dia tahu dia menyanyi vokal kelaut sebab itu dia belajar vokal sungguh-sungguh dan dapat suara yang macam ini.

Ada sesetengah orang suaranya sedap, tapi bila guna mic jadi auto tak sedap tak tahu kenapa.

Nabila tersakiti?

Dalam pada itu, di bahagian komen juga terdapat beberapa reaksi warganet yang mempersoalkan mengapa pelantun lagu Pematah Hati itu bernyanyi dalam keadaan mata dan hidungnya kemerah-merahan seperti sedang menangis.

Warganet mendakwa kemungkinan Nabila sedang patah hati dengan anggota kumpulan K-Clique iaitu MK yang bakal berkahwin tidak lama lagi.

@gorgeous.nr

SIAL BY NABILA RAZALI ???#nabilarazali #nabilarazalifans #nabilarazalientertaiment #nabaelafc #fyp #xyzbca #artismalaysia

? original sound – Bella Lover #1 – Bella Lover #1

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×