Penyanyi Nadeera Zaini tetap berfikiran positif walau namanya terpalit fitnah kes penangkapan khalwat dengan individu berstatus ‘suami’.
Artikel Berkaitan: #AJL39: Neelofa Ramal Nadeera Zaini Sebagai Juara
Artikel Berkaitan: #AJL39: Nadeera Zaini Enggan Letak Harapan Tinggi, Berterima Kasih Kepada Neelofa Ramal Sebagai Juara – ‘Kalau Menang Itu Bonus’
‘Bukan saya’
@ohbulanofficial Penyanyi Nadeera Zaini tetap berfikiran positif walau namanya terpalit fitnah kes penangkapan khalwat dengan individu berstatus ‘suami’. #ohbulan #fyp #news #nadeerazaini #kes #khalwat ? original sound – OHBULAN!
Ketika ditemui OhBulan!, Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini, 32, akui memafkan individu yang didakwa cuba untuk menjatuhkannya.
Andai kata ada orang yang mencuba untuk jatuhkan saya, saya maafkan orang itu.
Saya harap orang itu pun bertaubat kerana kita nak dekat bulan puasa.
Nadeera berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Anugerah Juara Lagu-39 (AJL39) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad.
Walau bagaimanapun, pemegang trofi naib juara bagi Anugerah Juara Lagu-39 (AJL39) itu enggan mengulas lanjut mengenai isu yang tiada kaitan dengannya.
Menurutnya, dia hanya fokus pada persiapan AJL39 ketika isu ini mula tersebar.
No komen, saya tak mahu komen mengenai isu orang lain.
Saya tak ambil pusing pun mengenai perkara tersebut kerana bukan diri saya. Urusan orang lain lantak lah saya tak ambil peduli pun.
Sebulan saya memang fokus dengan apa yang saya nak buat dekat AJL jadi saya memang tak ambil kisah. Saya tak tengok media sosial, semua team saya yang uruskan.
Saya tak tahu kenapa tiba-tiba nama saya dikaitkan.
Terdahulu, seorang penyanyi wanita yang merupakan bekas peserta program realiti telah ditangkap khalwat selepas didakwa bersekedudukan bersama individu berstatus sudah berkahwin di sebuah rumah sewa.
Namun demikian, Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Syamira Md Suffri mengesahkan bahawa Nadeera tiada kaitan dengan isu terbabit.