berita

[VIDEO] Nadia Annuar Menangis Kenang Momen ‘Tinggalkan’ Anak, Terpaksa Ambil Ubat Tidur Waktu Malam

February 15th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi sebuah video podcast, bekas pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar mendedahkan kehilangan hak penjagaan anak, Mohamed Aaron Erwin daripada perkahwinan pertama adalah perkara paling menyakitkan dalam hidupnya.

Artikel Berkaitan: Nadia Annuar Kena Rompak Dua Individu Bermotosikal – ‘Dalam Sekelip Mata Ambil Beg Saya Di Kerusi Penumpang’

Bukan sebab meninggal dunia

Menurut Nadia, dia terpaksa menanggung kesedihan lebih setahun sehingga terpaksa bergantung kepada ubat tidur gara-gara fikiran terganggu.

Bagi saya, kehilangan paling besar dalam hidup adalah kehilangan anak. Bukan sebab meninggal dunia, tapi perceraian. Saya terpaksa meninggalkannya pada waktu itu.

Saya menanggung derita lebih setahun kerana tidak dapat memeluk dan berjumpa dengannya kerana tidak dibenarkan. Itu adalah kehilangan terbesar dalam hidup sehingga saya tidak boleh tidur malam akibat terlalu banyak berfikir.

Saya risau bagaimana anak terjatuh tangga atau tiada orang tengokkan, beri makan dan adakah orang akan sayang kepadanya seperti saya.

Saya juga terpaksa ambil ubat tidur. Orang luar ingat fasa ini mudah, lebih lagi, anak saya baru berusia tiga tahun. Saya tidak boleh mengambilnya kerana tiada kuasa.

Tapi, apa yang berlaku mengajar saya. Kini, saya gembira fasa itu sudah pun berlalu.

Tambah Nadia, tiada siapa mengetahui penderitaan ditanggung kerana lebih gemar berkongsi soal positif kepada orang ramai.

Di samping itu, Nadia meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya itu tidak pernah menyalahkannya, sebaliknya mengerti apa yang berlaku.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tenang is Good (@tenangisghood)

Sumber: Nadia Annuar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×