berita

‘Bila Tak Cakap Orang Buat Andaian, Bila Bercakap Orang Menghukum’ – Nadia Annuar

October 10th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Nadia Annuar Kesal Dengan Netizen

Pengacara jelita, Nadia Annuar meluahkan rasa kesal selepas segelintir netizen dilihat mula memperkatakan mengenai kisah kehidupannya lebih-lebih lagi selepas dirinya mengumumkan sudah pun bercerai dengan bekas suami yang juga merupakan usahawan, Hafiz Salleh.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Single Tapi Tak Available’ – Nadia Annuar Sahkan Sudah Bercerai Dengan Suami

‘I surrender’

Nadia Annuar Kesal Dengan Netizen

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Shahrul Annuar mengakui dia sudah pun berputus asa untuk berprasangka baik terhadap wargamaya kerana kebanyakan dari mereka memilih untuk menjaja serta mengatakan keburukan orang lain.

Saya sudah putus asa mengharapkan yang terbaik dari masyarakat yang lain di luar sana. Bila saya memilih untuk tidak bercerita mengenai kisah hidup saya, mereka membuat andaian.

Bila saya sudah berterus terang mereka menghukum pula.

Menurut bekas pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) itu lagi, dia ternyata pelik dan hairan dengan segelintir wargamaya yang mengeluarkan pelbagai kata-kata fitnah mengenai hubungan rumah tangga yang putus di tengah jalan sebelum ini.

Malah, ada juga yang mendakwa dirinya merupakan individu yang bermasalah dalam rumah tangga.

Satu hari nanti, saya akan dedahkan kisah saya. Buat masa sekarang, teruskan bercakap mengenai saya. Ketawalah sekiranya anda rasa itu akan membuatkan kehidupan anda lebih baik dan tenang.

‘Nadia Annuar duduk rumah kecil lepas cerai’, ‘Nadia Annuar tak ada job dah now, padan muka dia’, ‘Nadia Annuar tak dapat custody dua dua anak dia, mesti dia lah tu yang jahat’,  ‘Nadia Annuar ni kena cerai sebab itu ini’.

Ini lah masalah masyarakat kita, bila cerita dijaja maka seronok anda bercakap, bila tak diceritakan pandai pandai buat bahan jajaan sendiri. Salahkah saya menjaga aib kami? Berdosakan kami pada anda sekiranya kami tidak bercerita?

Di akhir hantarannya, anak kepada usahawan terkenal Zaiton Hassan itu turut menyarankan orang ramai untuk menonton podcastnya bersama penyanyi rap, Caprice sebelum membuat sebarang andaian kerana berpendapat mereka di luar sana tidak mengenali dirinya yang sebenar.

Terdahulu, Nadia mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan usahawan, Hafiz Salleh menerusi sesi temu bual yang diadakan bersama Nona.

Sekadar info, Nadia mendirikan rumah tangga bersama Hafiz pada November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Dya Naylaa, 7.

Untuk rekod, perkahwinan bersama Hafiz merupakan perkahwinan Nadia yang kedua selepas bercerai dengan suami pertama, Sulaiman@Mohd Helmi Mohd Ilyasdi pada Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu pula, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin, 14.

Posting Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ?????? (@nadiaannuar)

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×