berita

Nadia Annuar Kena Rompak Dua Individu Bermotosikal – ‘Dalam Sekelip Mata Ambil Beg Saya Di Kerusi Penumpang’

November 20th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

nadia annuar

Pengacara Nadia Annuar berdepan detik cemas apabila telah dirompak oleh dua orang individu yang menunggang motosikal, pada malam Ahad.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Single Tapi Tak Available’ – Nadia Annuar Sahkan Sudah Bercerai Dengan Suami

Tekan hon banyak kali

nadia annuar kena rompak 2

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Nadia memberitahu kejadian terbabit berlaku di Jalan Imbi ketika berhenti di lampu isyarat. Kata Nadia, 40, dua perompak itu menghentak cermin kereta lalu mengambil beg tangannya di bahagian penumpang.

Kira-kira jam 8.15 malam (Ahad) di lampu isyarat Jalan Imbi, sementara saya menunggu lampu merah bertukar hijau.

Sebuah motosikal dengan 2 penunggang datang ke sisi saya dan memecahkan tingkap saya dan dalam sekelip mata mengambil beg tangan saya di bahagian penumpang.

Cerita Nadia lagi, biarpun dalam keadaan terkejut, dia berjaya mengawal diri dan terus menghubungi pihak bank serta bergerak menuju ke balai polis berdekatan.

Saya terkejut dan tak sempat buat apa. Selepas itu, saya segera berhenti di tepi dan hubungi semua bank untuk membatalkan kad sebelum ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

Hilang dompet

nadia annuar kena rompak

Kakak kepada aktor Harris Annuar juga menyatakan dia mengalami luka kecil gara-gara terkena serpihan kaca.

Dalam pada itu, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Dr Zaiton Hassan atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ton mengingatkan orang ramai untuk tidak meletakkan beg di kerusi penumpang.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×