Pelakon Nadia Brian meluahkan rasa sebak sehingga mengalirkan air mata apabila mendapat khabar berita salah seorang peminat setianya yang dikenali sebagai Taufiq telah meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Impikan Suami Kuat Agama, Imej Seksi Nadia Brian Jadi Bualan – ‘Doakan Yang Terbaik’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Mahu Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik’
Kematian peminat setia
Menerusi hantaran di Instagram Stories (IG Story), Nadia meminta orang ramai untuk menghadiahkan al-Fatihah kepada arwah peminatnya itu.
Sedekah kan al-Fatihah kepada adik Taufiq. Peminat tersayang saya.
Sebak sangat rasa. Saya sentiasa dapat jumpa dengan orang yang sayang dekat saya.
Pesanan untuk diri sendiri, hidup jangan sombong, berbuat baik lah sesama manusia.
Pada hantaran sama, Nadia turut memuat naik tangkapan skrin layar mesej yang diterima daripada kakak arwah yang memaklumkan mengenai berita kematian tersebut.
Arwah yang juga seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) dilaporkan telah meninggal dunia pada 1 September lalu.
Dalam pada itu, kakak arwah berkata adiknya itu masih menyimpan beberapa hadiah dan wang tunai yang pernah diberikan aktres tersebut.
Menurutnya, wang yang diterima ingin digunakan untuk menunaikan Haji.
Terima kasih yang pernah gembirakan adik saya. Dia seronok dapat jumpa akak (Nadia). Dapat hadiah dan terima kasih bagi dia duit RM50.
Adik kata dia nak simpan duit untuk pergi Haji. Tapi tak kesampaian. Insya-Allah doakan ibu ayah saya dapat pergi Haji dan buatkan Badal Haji untuk adik saya. Terima kasih Nadia Brian.
Sementara itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, Nadia dilihat menangis di dalam kereta kerana tidak dapat menahan sebak.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram