Rumah tangga pasangan selebriti dan usahawan terkenal, Ben Ali dan Nadiyah Shahab menjadi bualan ramai apabila timbul khabar angin sedang bergolak.
Artikel Berkaitan: Ben Ali Minta Henti Sebar Kebencian, Sifatkan Tak Adil Libat Negara Dengan Kontroversi – ‘Individu Bermasalah Pasti Akan Ada’
Artikel Berkaitan: Ben Ali Ajak Fathia Latiff Sertai Absolut Bazaar Bukan Sebab Gimik & ‘Marketing’ – ‘Saya Sokong Semua Artis Berniaga’
Rumah tangga bergolak?
Ketika ditemui OhBulan!, Nadiyah mengakui rumah tangga mereka turut berdepan dengan dugaan dalam perkahwinan.
Bagaimanapun, Nadiyah, 32, berharap hubungan sebagai suami isteri kekal hingga akhir hayat.
Macam pasangan lain, kami juga ada fasa naik dan turun. Kita tak tahu jodoh tu bagaimana, tetapi Insya-Allah, kami berharap jodoh kami pun untuk selamanya.
Tekan pemilik nama Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, dia dan Ben akan kekal sebagai kawan selamanya.
Apa yang saya boleh cakap, kami akan sentiasa jadi sahabat baik walau apa pun yang terjadi, selamanya. He always be my best friend. No matter what happen to us.
Sementara itu, Ben atau nama sebenarnya Nur Ali Nadzwan turut menegaskan tiada apa yang perlu dibesarkan kerana hubungan mereka dalam keadaan baik.
Kami ada juga masalah. Perkara itu normal bagi pasangan suami isteri dan kami cuba selesaikan sebaik mungkin.
Saya percaya, pasangan yang bukan artis ada pasang surut dalam perkahwinan. Apa yang berbezanya adalah kami artis dan sentiasa menjadi tumpuan.
Tak ada perkara yang hendak dibesarkan. Kami baik-baik sahaja.
Festival Gaya Raya
Nadiyah dan Ben ditemui di Majlis Sidang Media Pelancaran Absolut Bazaar dan Festival Gaya Raya 2025 di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC), Kuala Lumpur, pada Selasa.
Festival raya ikonik, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya bakal kembali berlangsung selama 66 jam tanpa henti di MITEC Kuala Lumpur dari 21 Mac (12 tengahari) hingga 6 pagi 24 Mac 2025.
Acara yang telah menerima pengiktirafan dari The Malaysia Book Of Records sebagai Expo Festival Raya Terbesar di Malaysia itu merupakan anjuran bersama My Events International dan Absolut Events & Management.
Untuk tahun ini, 700 tapak reruai telah habis dijual dan pihak penganjur menyasarkan RM25 juta hasil keuntungan daripada pempamer di samping menarik seramai dua juta pengunjung.
Selain menyediakan pengalaman membeli belah bagi persediaan Aidilfitri yang lengkap daripada pakaian, produk kecantikan dan juadah Aidilfitri, antara tarikan utama lain bagi acara Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya ialah Mini Absolut FoodFest.