Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menjadi pujian warganet apabila dia dan rakan hos yang memiliki penguasaan pelbagai bahasa dilihat membantu peserta dan juri dari negara berbeza di program Dangdut Academy Asia musim keenam (DAA6).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Saksi Tengok ‘Struggle’ Mak, Gadai Barang Emas Untuk Besarkan 4 Anak Seorang Diri
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Kisah Digelar Terpaling Ibu’ – Uyaina Arshad
Peserta dari pelbagai negara
Menerusi potongan video program berkenaan yang dimuat naik semula di TikTok, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad bersama pengacara Jirayut Afisan dilihat sedang membantu seorang peserta dari Filipina untuk memahami komen yang diberikan oleh juri dari Thailand.
Jirayut yang fasih berbahasa Thai menterjemahkan komen juri kepada Uyaina di dalam Bahasa Melayu, manakala Uyaina menterjemahkan komen tersebut di dalam Bahasa Inggeris kepada peserta berkenaan.
Difahamkan rancangan itu disertai oleh 40 orang peserta dari lapan buah negara berbeza.
‘Team work padu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kedua-dua pengacara tersebut kerana dapat menguasai pelbagai bahasa sekali gus melancarkan program tersebut.
Dalam pada itu, secara berseloroh mereka juga mahu gaji pengacara DAA dinaikkan berikutan komitmen dan kebolehan yang mereka miliki.
Untuk info, Uyaina mengemudi rancangan tersebut bagi musim ini bersama tiga lagi pengacara lain iaitu Ramzi, Irfan Hakim dan Gilang Dirga.
@horiizone Naikin dong gajih host ?? #daasia6 #jirayut #uyainaarshad #kierking @Jirayut
Sumber: TikTok