berita

[VIDEO] ‘Nak Beli Mi Segera Untuk Mama’ – Budak Kira Duit ‘Gaji’ Atas Lantai Bikin Tersentuh

November 13th, 2020 | by Shahira
Video Popular

Ketika masih di bangku sekolah, semua kanak-kanak lain mungkin sedang sibuk bermain diluar. Tetapi tidak bagi seorang kanak-kanak dari Indonesia ini. Dia terpaksa melupakan masa kanak-kanaknya untuk bekerja demi menampung kehidupan harian.

Nak beli mi segera

Baru-baru ini viral satu video yang dikongsikan oleh Yenytanmc di aplikasi TikToK yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memasuki sebuah kedai serbaneka di Indonesia.  Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah keadaan wajah dan badannya yang dicat menggunakan warna silver.

Difahamkan, ianya disebabkan kerja yang dilakukannya. Dengan tidak berkasut, kanak-kanak ini terus menuju ke bahagian yang menjual makanan segera.

Sedihnya

@yenytanmcMau beli mie buat mama ? @chelsea.mandas ##karenaakuseorangibu ##manusiasilver ##semangat ##bersyukur ##blessedtobeablessing? Berjuang Demi Kowe – Dwi Putra

Apabila melihat keadaan kanak-kanak itu, salah seorang pelanggan di kedai serbaneka telah mendekatinya dan membelikan ais krim buat kanak-kanak tersebut. Berdasarkan video itu juga kelihatan, dia mengucapkan terima kasih kepada si pemberi.

Semasa berbual, dia memberitahu bahawa ingin membeli mi segera buat ibu di rumah dengan menggunakan wang hasil pekerjaannya pada hari itu. Tetapi apa yang tidak disangka-sangka kanak-kanak ini telah mengeluarkan duit dan mengira wang tersebut di atas lantai sambil diperhatikan oleh seorang pekerja di kedai serbaneka itu.

‘Semoga dimurahkan rezeki’

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut mengakui agak tersentuh dengan sifat yang ditunjukkan oleh kanak-kanak itu. Mereka turut berdoa akan dia diberi kesihatan yang berpanjangan dan dimurahkan rezeki.

Sumber: Yentanmc, Suara.com

SKIP THIS AD ×