berita

[VIDEO] ‘Nak Geng Lah Tu..’ – Reaksi Si Abang Menangis Lepas Tahu Bakal Dapat ‘Baby Girl’ Tarik Perhatian!

February 24th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Kehadiran cahaya mata merupakan satu anugerah terindah yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada pasangan suami isteri sebagai penyeri rumah tangga.

Tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila seorang kanak-kanak lelaki ‘sedih’ apabila tahu dia bakal menerima adik perempuan sedangkan dia mahu adik lelaki. Macam-macam lah dik, comel je!

Nangis nak adik lelaki

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok Siti Ean memaparkan anak lelakinya yang dikenali dengan nama Akif menangis sebaik sahaja keputusan ujian imbasan jantina bayi ibunya keluar. Hasil daripada pemeriksaan itu mendapati wanita ini bakal menerima anak perempuan tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah reaksi Akif yang menangis teresak-esak kerana ‘tidak mahu’ adik perempuan sebaliknya inginkan adik lelaki.

Sementara itu, jika dilihat daripada video tersebut, ibu bapa kanak-kanak ini cuba menenangkan Akif tetapi dia masih menangis seakan tidak boleh menerima keputusan tersebut. Biasalah, budak-budak. Mungkin dia nak ada ‘geng’ bermain kot!

Alahai Akif!

@siti_eanBila result scan baby gender… Si abang nak baby boy tapi doktor scan 30 week baby boy.. ##myfamily ##lifestyle ##BabyEan ##fypp? ??????????? – Rauf & Faik

Netizen kongsi pengalaman

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan para ibu turut berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui mereka. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bahawa kanak-kanak masih belum faham situasi tersebut tetapi tengok lah bila bayi dah lahir nanti mereka pula yang terlebih excited.

‘Adik perempuan comel apa’

Sumber: Siti Ean

SKIP THIS AD ×