berita

[VIDEO] ‘Nak Kahwin Tak? Nak!’

February 3rd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, pelakon Rashidi Ishak akhirnya menamatkan zaman dudanya dengan pilihan hati, Wan Hasliza Wan Zainuddin. Alhamdulillah, tahniah!

Artikel berkaitan: Tahniah! Rashidi Ishak Tamatkan Zaman Duda Bersama Penerbit

Terbaru, Rashidi telah memuat naik video majlis perkahwinannya di Instagram.

Nak kahwin tak?

Pots, jom kahwin. Jom. (beat). Nak kahwin tak? Nak! 3 bulan kemudian. 2.2.2023. Rashidi Ishak dan Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Menurut Rashidi, semuanya bermula tiga bulan yang lalu apabila dia mengajak Wan Hasliza untuk berkahwin. Berikutan lamaran tersebut, mereka berdua akhirnya disatukan semalam (Khamis). Ujar Rashidi, dia ingin berterima kasih kepada seluruh keluarga dan rakan-rakan di atas doa dan restu mereka.

Terutama sekali kerana membantu segala persiapan majlis yang indah ini. Serba-serbi disediakan sangat teliti dan terperinci, bekerjasama diantara dua keluarga. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang hadir, kami amat menghargainya.

Terima kasih juga kepada pihak pihak jabatan agama dan pengurusan nikah Negeri Sembilan dan Masjid Sendayan, pihak pengurusan majlis The Kenduri, pihak persiapan pengantin dan juga pihak pengurusan video dan fotografi. Mohon maaf dari kami sekiranya ada kesalahan dan kekurangan. Terima kasih sekalung budi.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rashidi Ishak (@rashidi_ishak)

Sumber: Rashidi Ishak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×