Personaliti media sosial popular, Khairul Aming menyatakan pandanganya berhubung isu buli siber yang kian merisaukan.
Artikel Berkaitan: Angkat Tema ‘Realisasikan Impianmu’, TikTok Awards 2024 Kembali Lagi Pada Ogos Ini!
Artikel Berkaitan: Hanya ‘Follow’ Khairul Aming Di TikTok, Netizen Puji Tun Mahathir ‘Support’ Anak Melayu
Kawal anak-anak
Ketika ditemui OhBulan! Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman berpendapat bahawa buli siber tetap akan ada di mana-mana platform media sosial.
Namun, katanya, ada segelintir pempengaruh yang sedang meningkat naik masih belum matang untuk menghadapi isu tersebut.
Buli siber sebenarnya wujud di mana-mana platform tetapi susah nak dikawal buat masa sekarang, kerana kadang-kadang ianya berkias. Tengok macam tak ada apa-apa tetapi tuan badan sahaja yang memahami bahawa dia sedang diserang.
Saya cuma pesan untuk adik-adik. Mereka ini sebenarnya tak cukup matang nak hadap pandangan orang ramai. Macam saya, saya sudah bermula sejak lapan tahun lalu.
Jadi apabila daripada platform kecil pergi ke platform besar, saya dah boleh terima kecaman orang.
Tapi untuk adik-adik yang baru nak mula dan kemudian video mereka tular, mereka tak boleh nak hadam perkara ini.
Justeru itu, pemantauan daripada individu yang lebih dewasa adalah sangat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Jadi saya minta, ibu bapa atau penjaga pantau anak-anak. Jangan biar mereka terdedah dengan respons yang negatif takut mereka tak boleh kawal.
Dalam masa yang sama, pempengaruh berusia 32 tahun ini juga tidak dapat lari dari kecaman namun mengambil komen negatif sebagai salah satu cara untuk dia menambah baik kandungan yang dihasilkan.
Kalau nak kata saya tak ada ‘haters’, tipulah. Cuma tak teruk sangat.
Tak boleh nak kata tidak terkesan, saya juga manusia yang ada perasaan. Saya juga faham ianya sebahagian daripada industri.
Saya baca komen semua sebab nak tahu dan daripada situlah saya akan menambah baik diri saya.
Serius dalam penghasilan konten
Dalam perkembangan lain, Khairul Aming mendedahkan bahawa dia menghabiskan ribuan ringgit untuk menghasilkan video masakan di New Zealand.
Kos dalam RM80,000 tapi kami pergi memang cara ‘rambo’. Kamilah yang potong ayam, cuci pinggan dan buat semua sendiri.
Semuanya sendiri tak ada kolaborasi dengan mana-mana pihak.
Sementara itu, Khairul Aming juga telah dipilih menjadi salah seorang juri bagi TikTok Awards Malaysia 2024. Anugerah gilang-gemilang itu dijadualkan bakal berlangsung pada 11 Ogos ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Imbas kembali, Khairul Aming dinobatkan sebagai Creator of The Year di anugerah tersebut pada tahun lalu.
TikTok Awards tahun ini mengangkat tema ‘Realisasikan Impianmu (Celebrating New Dreams)’. Anda boleh mengundi Di SINI bermula 25 Julai sehingga 9 Ogos 2024.
Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam, Ahad, 11 Ogos 2024 atau anda boleh menonton acara ini secara langsung melalui Tonton.
TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).
Tiket untuk TikTok Awards Malaysia 2024 boleh dibeli DI SINI.
@ohbulanofficial Dengar tu pesanan Khairul Aming ?? #ohbulan #sembangentertainment #khairulaming #pesan #pantau #anakanak