‘Bosannya! Tak tahu nak buat apa. Nak jumpa kawan tak boleh, nak main di luar pun tak boleh. Asyik duduk di rumah je.’ Berikut merupakan luahan hati kanak-kanak yang terpaksa duduk di rumah ketika negara sedang melaksanakan tempoh ‘lockdown’.
Seperti perkongsian seorang wanita di Twitter, anak perempuannya hanya berkawan dan berkomunikasi dengan jiran di hadapan rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan. Lebih menyedihkan, mereka hanya berkomunkasi melalui balkoni rumah sahaja.
Sembang dengan jiran
Kesian dengan anak2 aku ni. Tak dapat keluar, Hana Lisa buat kawan baru time lockdown melalui balkoni rumah ?? pic.twitter.com/stBCYEpTwm
— Surirumah Tweeter (@__loveshak) June 18, 2021
Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai “suri rumah”, anaknya iaitu Hana dan Lisa akan bersembang dengan anak jirannya melalui balkoni. Menerusi video yang dirakam, kedua-dua anak kecil itu sedang rancak berbual mengenai watak Elsa dalam filem Frozen. Lebih tersentuh, masing-masing menunjukkan ‘crown’ yang dipakai di kepala. Bukan itu sahaja, mereka turut mempunyai patung totora yang sama.
Awal pagi dah mesyuarat tingkap
Awal pagi dah mesyuarat tingkap aih ? pic.twitter.com/TbkhOhEWad
— Surirumah Tweeter (@__loveshak) June 19, 2021
Meskipun bersembang dalam keadaan yang jauh, Hana sempat menasihati rakannya itu supaya berhati-hati ketika berada di bahagian tingkap. Tambah “suri rumah” tersebut, anaknya akan mula bersembang pada waktu pagi. Sebagai ibu, dia berasa sedih dan terhibur melihat nasib dan gelagat kedua-dua anak kecil itu.
Rata-rata netizen tersentuh melihat gelagat kanak-kanak tersebut dan mendoakan agar wabak yang melanda dunia ini segera berakhir. Jelas netizen, semua lapisan masyarakat tidak mengira umur, agama mahupun bangsa terkesan dengan pandemik ini.
Sumber: Suri Rumah