berita

[VIDEO] Nak Keluarkan Duit Bantuan, Tapi Duit Bantuan Pun Tak Masuk Lagi…

May 25th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Seorang gadis dikenali sebagai Naimatul Najwa berkongsi satu video di laman TikTok, yang berjaya membuatkan rata-rata warganet berasa sebak. Kisahnya bermula apabila terdapat seorang warga emas yang memintanya untuk mengeluarkan duit sebanyak RM50 menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Artikel Berkaitan: Biarlah Hidup Pakcik Susah, Jangan Ganggu Anak’

Artikel Berkaitan: Kisah ‘Kesusahan’ Ibu Tunggal Bersama 10 Anak Undang Sebak, Terpaksa Cari Rumah Baru Untuk Disewa

Artikel Berkaitan: Anak Baru Meninggal 3 Bulan Lepas, Rumah Pula Terbakar…

Tak boleh keluarkan duit

Foto: Tangkap layar video

Menerusi video pendek itu, warga emas ini meminta gadis ini untuk mengeluarkan duitnya namun, apa yang meruntun hati apabila baki akaun warga emas ini tidak mencukupi dan sebarang transaksi pengeluaran tidak dapat dibuat ketika itu.

Pakcik ni ada minta tolong aku keluarkan duit dari mesin, maybe dia kurang nampak atau tidak pandai guna mesin ini.

Pada masa yang sama, gadis ini sempat bertanyakan kepada warga emas ini mengenai duit yang ditunggunya selama ini.

Duit Baitul Mal, duit belum masuk kot, kalau masuk memang ada dah. Hanya bergantung harap dengan duit Baitul Mal sebanyak RM300.

Ujar warga emas ini lagi, duit bantuan yang diberikan digunakan untuk mengisi minyak dan menampung perbelanjaan harian yang lain. Bagaimanapun, gadis ini ketika itu sempat memberikan sedikit ‘duit’ buat warga emas ini untuk berbelanja. Perkongsian video pendek itu secara tidak langsung meraih puluhan komen daripada netizen yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib warga emas ini.

Video penuh:

@naimatulnajwaBersyukur Allah temukan saya dengan pakcik ni ? Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk merasai kenikmatan menolong orang ?? original sound – Dalia – dalia

Sedihnya!

Sumber: Naimatul Najwa

SKIP THIS AD ×