Pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol berkongsi tips untuk memikat hati wanita yang mempunyai kelas sosial yang lebih tinggi.
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Kongsi Momen ‘Sweet’ Sambut Birthday Jefri Nichol – ’26 But Forever My Baby’
Jefri jadi diri sendiri
@akbarry Cara Menaklukkan Wanita yg Kelas Sosialnya Lebih Tinggi ala @chulooopapi #jefrinichol #menmotivation #akbarry ? original sound – akbarry noor
Menerusi sesi podcast ‘Akbar Bersama Barbar’, Jefri berpendapat bahawa mana-mana lelaki perlu sentiasa menjadi jiri sendiri meskipun sedang dalam fasa mahu memikat wanita yang mempunyai kelas sosial lebih tinggi daripada mereka.
Sebenarnya, jadi diri sendiri saja.
Kalau kita nak ubah diri kita hanya semata untuk ‘impress’ seseorang yang kelas sosialnya lebih tangga sampai bila kan? Nanti kita juga yang penat.
Tambah pelakon filem ‘Ali Topan’, perbuatan tidak menjadi diri sendiri hanya akan memakan diri dan membuatkan lelaki itu bertambah stres.
Daripada jadi orang lain nanti hujung-hujung kita stres sampai meletup, lebih baik jadi diri sendiri saja. Tapi jadi versi yang baiklah.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat kurang bersetuju dengan pendapat Jefri.
Rata-rata netizen menganggap bahawa seseorang lelaki itu perlulah mempunyai rupa paras yang menawan serta berduit untuk memikat hati wanita.
Terdahulu, Jefri kembali mencuri perhatian selepas dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta bersama pempengaruh jelita iaitu Ameera Khan.
Untuk rekod, Jefri dan Ameera dilapor pernah bercinta sebelum ini, namun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas dia tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.
Pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan Ameera dan Jefri dikhabarkan kembali bertaut malah mereka kini semakin terbuka mendedahkan kemesraan di media sosial.
Sumber: TikTok