berita

[VIDEO] ‘Nak Tahu Juga Bila Tarikh Tepat Berkahwin’ – Fauziah Sarman Tak Maafkan ND Lala & Siti Munirah

September 25th, 2023 | by Alia
Kini Trending

fauziah nd lala

Bekas isteri kepada penyanyi veteren Datuk ND Lala iaitu Fauziah Sarman sama sekali tidak menyangka apabila rakan kepada anaknya sendiri menjadi perosak rumah tangga sehingga bercerai.

Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Nafi Dakwaan ND Lala, Setuju Untuk Bermadu Dengan Syarat – ‘Tak Nak Ambil Tahu Mengenai Siti Munirah’

Artikel Berkaitan: Anak ND Lala Luah Rasa Sedih Kemelut Perceraian Ibu Bapa – ‘Kami Pernah Bahagia Sebagai Sebuah Keluarga’

Rapat sejak di bangku sekolah

Menerusi temu bual Melodi, Fauziah meluahkan rasa kecewa dengan isteri baharu bekas suaminya tersebut berikutan sebelum ini mereka akrab seperti ibu dan anak.

Saya nak tahu juga bila tarikh yang tepat dia berkahwin. Saya bersangka baik sebab budak ini saya dah anggap macam anak sendiri. Masa dia kahwin dengan suami kita pun kami masih keluar pergi makan, berjalan dengan dia. Apa sahaja majlis memang dia sentiasa ada.

Kami tak tahu pun mereka berkahwin, tak tahulah macam mana mereka sorok.

Ketika dia sekolah dari tingkatan satu sampai tingkatan lima dia balik makan dekat rumah kita, kadang-kadang berjalan dengan dia ke sana ke mari. Dia lebih rapat dengan saya berbanding dengan Shila.

Fauziah mendedahkan bahawa anak-anaknya turut berasa hampa dengan bapa mereka kerana memilih wanita berkenaan sebagai isteri.

Saya ada mesej budak ni tetapi dia baca dan ada ‘bluetick’. Mereka suami isteri, setiap kali saya mesej memang tak pernah balas tetapi mereka ada baca.

Salah seorang anak saya cakap kalau dia nak kahwin, kahwin dengan orang yang tak kenal bukan dengan budak ini. Kalau orang lain yang datang mungkin kita boleh terima, tapi dengan budak ini tak mungkin. Anak-anak saya kecewa.

Bagaimanapun, dia tetap menerima takdir dan ujian yang menimpa dengan reda namun mengakui masih berasa ralat dengan tindakan bekas suaminya itu.

Secara jujurnya memang saya tak boleh nak maafkan kedua-duanya buat masa sekarang. Kalau boleh berjumpa pun saya tak nak.

Marah sikit tu mestilah ada, memaafkan pun tidak sebab saya dah tak nak ambil tahu. Demi Allah dah tak rasa apa-apa cuma ralat. Bukan sahaja dia buang saya tapi dia buang anak-anak.

Saya nak tidur pun tak boleh, sayangkan suami dan anak-anak. Memang dah berjuang berhabis-habisan tapi Allah dah atur, saya reda.

Untuk info, Fauziah mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya menerusi lafaz cerai yang dilakukan penyanyi itu pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya di aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.

@melodiberapi

Dia bukan buang saya sahaja, tapi anak-anak juga.. alamak sedihhnya,sama-sama kita doakan yg terbaik untuk keluarga ini.. #meloditv3 #ceritaartismalaysia #fyp??viral #datukNdlala #shilaAmzah #fyp??viral?tiktok?? #kahwin #viral #ndlalakahwinbaru #ndlala

? original sound – Melodi – Melodi

Sumber: TikTok Melodi

SKIP THIS AD ×