berita

‘Saya Akan Berhenti Main Media Sosial, Terlalu Toksik’ – Shila Amzah Merajuk Selepas Dikecam Pakai Baju Sendat?

September 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Shila Amzah

Perkongsian di Instagram Stories (IG Story) milik penyanyi Shila Amzah menyorot perhatian ramai selepas dia memaklumkan mahu meninggalkan media sosial buat sementara waktu.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Tak Nak Stress Kan Diri Bab Anak, Kita Berdua Kena Hidup Bahagia & Sihat Mental’ – Shila Amzah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Senyum Lebar Naik Motor Peluk Suami, Netizen Komen ‘Tolong Hormat Kami Yang Single Ni’

Merajuk?

Shila Amzah

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, dia menyifatkan media sosial sebagai platform yang terlalu toksik untuk dirinya.

Saya akan berhenti bermain media sosial untuk sementara waktu. Dekat media sosial tempat yang agak toksik untuk saya.

Jadi saya chow (pergi) sekejap. Jaga diri semua orang dan semoga menjalani hari yang baik.

Difahamkan, hantaran tersebut dibuat Shila selepas dia menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen susulan baju yang digayakannya ketika tampil membuat persembahan di konsert Hausboom Music 2023, pada Ahad.

Pada konsert tersebut, pelantun lagu Patah Seribu itu dilihat mengenakan baju kemeja berwarna merah jambu di luar dan t-shirt polos berwarna putih di bahagian dalam.

Bagaimanapun, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan penampilan tersebut kerana menampakkan bentuk perut penyanyi berusia 33 tahun itu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×