Pelakon Shakilla Khoriri seringkali berkongsi kerenah anak perempuannya, Ameena Sofia yang kini berusia tiga tahun di media sosial.
Artikel Berkaitan: Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bercerai, Janji Besarkan Ameena Bersama – ‘Anggaplah Jodoh Kami Sampai Di Sini’
Artikel berkaitan: ‘Aku Tak Nak Buka Mulut Sebab Jaga Aib Kau!’ – Fizi Ali Mengamuk Dengan Shakilla Khoriri, Beri Amaran Jangan Cabar Kesabaran
Nak apa dalam syurga?
@shakillakhoriri Kadang ada masa-masa yang buat aku mati kata. Terdiam seribu bahasa. Berlegar-legar mencari ayat. Speehless. Semoga yang baik-baik je untuk anak ni ? #AmeenaSofiaSK ? original sound – shakillakhoriri
Menerusi rakaman video di TikTok, Shakilla bercerita mengenai kebaikan solat lima waktu dan ganjaran yang akan diperolehi di syurga kelak.
Aktres berumur 33 tahun ini bertanya kepada Ameena apa yang diinginkan ketika berada di syurga? Jawab anak kecil itu, dia menginginkan umi dengan daddy.
“Umi, dalam syurga ada apa?” tanya Ameena.
“Syurga ada macam macam. Ameena nak ada apa dalam syurga?” kata Shakilla.
“Ameena nak umi dengan daddy,” balas Ameena lagi.
Kata pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri, dia tersentak dan terdiam seribu bahasa selepas mendengar jawapan jujur itu.
Jujur keinginan anak
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji Ameena yang bijak dalam bertutur.
Selain itu, ada juga segelintir netizen yang tersentuh hati dan berasa sebak selepas menonton.
Terdahulu, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia pada 2019.
Sumber: TikTok @shakillakhoriri