Sejak berlakunya kontroversi melibatkan pempengaruh Alif Teega yang mengumumkan pernikahan kedua baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Alif Satar turut terpalit gara-gara berkongsi nama yang sama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Perempuan Lain Jangan Bodoh Sangat, Dah Tahu Suami Orang Tapi Menggedik’ – Aisyah Hijanah
Artikel Berkaitan: ‘Sampai Hati Gelak, Puberty Hit Me Hard’ – Alif Satar Bikin Netizen Terhibur Gambar Sebelum ‘Renovation’ Tular
Respon Alif Satar
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Hot FM, Alif dilihat tenang ketika disoal tentang pandangannya berhubung isu perkahwinan kedua pempengaruh tersebut.
Menurut penyanyi berusia 33 tahun ini, semua kebaikkan yang dilakukan adalah kerana tuhan menutup aibnya selain menjadikan kontroversi yang berlaku sebagai satu pengajaran untuknya.
Ini pun nasib baik Allah tutup aib saya je. Kalau buka aib, macam mana? Saya pun tak tahu apa jadi esok lusa dekat saya. Jadi saya tak beranilah nak bagi tahu apa dekat orang.
Kadang bila benda jadi ni, ia lebih kepada reflek untuk diri sendiri itu sahaja.
Orang kata, ‘kau ni buat apa pun bau-bau ustaz dah..’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu selain menyifatkannya sebagai seorang artis yang pandai membawa diri walaupun berada di dalam dunia glamor.
Betul, setuju dengan jawapan Alif Satar ni dan dah agak jawapan dia.
Setakat ini, Alif Satar ‘bersih’ dari dulu. Alhamdulillah. moga dipermudahkan segala urusan hidup, sukses dan bahagia.
Alif Satar insyaAllah setia orangnya. Setakat ini tak ada gosip yang aneh-aneh, dia pandai bawa diri.
Terdahulu, Alif dan isteri pertamanya Aisyah Hijanah memaklumkan tentang pernikahan kedua tersebut yang bertujuan untuk menghentikan semua spekulasi dan fitnah terhadap diri mereka dan keluarga.
@hotfm976_ Komen @alifsatar mengenai isu influencer social media, Alif Teega. Semoga yang baik baik sahaja buat Alif Satar sekeluarga dan buat kita semua ? #HotFM #AlifSatar #alifteega #aisyahhijanah
Sumber: TikTok Hot FM